Diva AA didenda RM17,000

SELEBRITI kontr0versi, Azwan Ali didenda RM17,000 serta diperintah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik di Youtube, 24 Mac lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukvman itu ke atas Mohamed Azwan Ali, 54, selepas dia mengaku bersalah atas pertvduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan selebriti itu menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam didakwa menggunakan laman Youtube ‘DIVAAATERSOHOR’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya pada 24 Mac lalu.

Bekas pengacara itu dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukvman denda maksimum RM50,000 atau penj4ra selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh did3nda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Shah Ab Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Diva AA didenda RM17,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*