“Sudahlah Sumbang Makanan Kat Hospital Sampai Membazir, Ramai Lagi Orang Susah”

Orang Malaysia memang pemurah. Memahami kegetiran petugas barisan hadapan negara (kaki tangan kesihatan, polis, askar, posmen) bertugas, ramai yang membuat amal jariah dengan menyumbangkan pelbagai peralatan serta makanan kepada hospital utama. Ada yang bertindak sendirian dan ada juga yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO). Semuanya  dengan harapan mampu memudahkan mereka bertugas.

Bagaimanapun, seorang doktor perubatan menarik perhatian golongan ini agar berhenti memberikan mereka makanan sebaliknya menyumbang kepada golongan fakir miskin yang sangat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

 

 

Menurut doktor ini, ia bukan bermakna mereka menidakkan sumbangan makanan tersebut tetapi ianya melebihi keperluan petugas kesihatan sehinggakan ada yang membazir kerana makanan basah tidak tahan lama. Sehubungan itu, mereka meminta agar makanan tersebut diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti dilihat di kaca televisyen.

Ianya turut dipersetujui oleh kakitangan hospital lain kerana bantuan makanan terlalu banyak hingga berlaku pembaziran.

 

 

 

 

 

 

FB Hospital Selayang

 

 

Ada pula warganet berpendapat tindakan menyumbang makanan kepada pihak hospital kerana menganggap mereka adalah wira berbanding orang miskin yang tidak menyumbang apa-apa.

 

 

 

FB Hospital Selayang

Oleh itu, kita boleh bertindak dengan melihat kawasan sekeliling kita terlebih dahulu supaya ada yang kesusahan dapat dibantu sesegera mungkin.

 

 

Bagaimanapun, ada juga NGO yang menyumbang kepada golongan asnaf ini cuma khidmat mereka tidak dihebah-hebahkan. Antaranya ialah Abim Selangor yang bergerak di beberapa daerah kritikal serta Food Bank Perantau.

 

Twitter

Twitter

Jadi, diharapkan dengan ini ia membuka mata syarikat, NGO serta orang persendirian untuk menyumbang makanan kepada golongan yang lebih memerlukan ini.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber :CARI

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sudahlah Sumbang Makanan Kat Hospital Sampai Membazir, Ramai Lagi Orang Susah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*