‘Tak Adil Jika 10% Artis Yang Hidup Mewah, 90% Lagi Tak Dapat Bantuan” – Zed Zaidi Seniman

Kecoh di laman sosial apabila kenyataan Black dan Tomok menerima kec4man hebat netizen apabila mereka menyuarakan bahawa gologan selebriti juga sewajarnya mendapat bantuan khusus daripada pihak kerajaan.

Rata-rata netizen menyifatkan selebriti yang seharusnya menyalurkan bantuan dan bukannya meminta-minta kerana dengan pendapatan dan kehidupan mewah yang ditayangkan tidak sama sekali menggambarkan bahawa golongan mereka hidup susah. Malah, netizen juga turut berpendapat seharusnya kerajaan memberi fokus kepada golongan yang lebih memerlukan.

Ekoran daripada situasi ‘hangat’ ini, Remaja berkesempatan untuk bertanya sendiri pandangan daripada Presiden Seniman, Zed Zaidi tentang perbalahan yang berlaku di antara selebriti dan netizen berkenaan dengan isu ini.

“Sebenarnya tidak dinafikan selebriti mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial kerana apa sahaja yang mereka lakukan pasti mendapat perhatian ramai. Jadi dengan apa yang berlaku sekarang, Black dan Tomok hanya ingin menyuarakan untuk individu yang bergiat dalam industri seni. Mungkin penggunaan ‘artis’ tu silap. Jika dia menggunakan terma ‘penggiat seni’, saya rasa mungkin isu ini tidak diperbesarkan,”

“Industri seni bukan hanya merujuk kepada artis sahaja, malah jurusolek, pihak produksi dan pengurus mereka juga antara yang terlibat dan sudah tentu sekiranya tempoh PKP ini berlanjutan, ramai yang hilang punca pendapatan,” jelas Zed Zaidi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hero tak didendangkan ajk ajk @persatuansenimanmalaysia yang membantu mengagihkan barangan bantuan keperluan rumah kepada ahli ahli sekarang ni live!

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on

Menyentuh soal kehidupan mewah selebriti yang diperkatakan oleh netizen, Zed Zaidi mempunyai penjelasannya sendiri.

“Saya tidak menafikan bahawa ada golongan artis yang agak senang sedikit. Tapi ia hanya 10 peratus saja. Merekalah yang sering keluar TV, hari-hari muka mereka. Lagi 90 peratus, kami juga seperti orang biasa yang mencari rezeki dan rasa terjejas apabila berlakunya tempoh PKP ini. Jadi tidak adil bagi 90 peratus selebriti yang lain tu kalau mereka tidak dibantu hanya kerana ramai yang menganggap artis hidup mewah,”

“Persatuan Seniman sendiri mempunyai inisiatif memberi bantuan kepada penggiat seni dengan menyalurkan sumbangan makanan seperti beras, minyak, gula. Namun, kami sendiri sudah kekurangan dana dan bakal membuat tabung untuk membantu penggiat seni,”

“Bagi artis yang berkemampuan pula, mereka juga boleh menyalurkan bantuan buat sesama rakan artis. Kita bantu kita. Datuk Rosyam Nor juga ada menyalurkan bantuan beras, Pengarah Jinggo juga turut sama memberi sumbangan seperti minyak masak. Malah, Johan Raja Lawak juga bakal menyumbangkan wang tunai bagi menjayakan misi bantuan ini. Semuanya untuk diberi kepada penggiat seni Malaysia yang terjejas akibat tempoh PKP,” jelas Zed Zaidi lagi.

Mungkin benar kehidupan mewah selebriti yang korang lihat di media sosial itu hanyalah segelintir sahaja. Masih ramai di kalangan mereka yang kehidupannya sama seperti kita. Di waktu getir seperti ini, janganlah kita menunding jari menyalahkan mana-mana pihak, seharusnya kita menjadi masyarakat yang lebih bersatu padu menghadapi situasi kronik seperti hari ini.

Diharap semuanya akan berakhir segera, dan sama-samalah kita berdoa yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : REMAJA

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Tak Adil Jika 10% Artis Yang Hidup Mewah, 90% Lagi Tak Dapat Bantuan” – Zed Zaidi Seniman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*