8 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang PKP Fasa Kedua Bermula Hari ini Hingga 14 April 2020

Satu Malaysia sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua berkuat kuasa pada  1 April 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKP Fasa 2 ini berbeza dan lebih diperketatkan lagi kawalan daripada pihak keselamatan yang bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian satu infografik berkaitan PKP Tahap 2 ini untuk memudahkan rakyat memahami dan mengikut arahan yang ditetapkan. Ia merangkumi semua sektor antaranya premis di buka pada pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Premis yang buka hanya pukul 8 pagi hingga 8 malam

  • Premis perniagaan bekalan harian
  • Penghantaran makanan dan barangan rumah
  • Stesen minyak
  • Restoran dan kedai makan (dibungkus sahaja)

Menteri menasihatkan agar penghantar makanan dan barangan tidak bersemuka dan galakan makanan diletakkan diluar pagar sahaja.

Waktu pengangkutan awam pula dijadualkan dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam. Turut memainkan peranan dalam isu ini, teksi dan e-hailing juga dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam sahaja. Bagi pengangkutan komersial pula dibenarkan beroperasi pada 7 malam hingga 7 pagi.

Untuk kenderaan persendirian pula, anda dibenarkan satu kenderaan untuk seorang sahaja.

Aktiviti riadah tidak dibenarkan sama sekalidi kawasan awam dan persendirian termasuklah di kawasan berpagar.

Autism dan golongan OKU dibenarkan untuk jalani terapi di luar tetapi dilarang secara berkumpulan.

Bagi rumah ibadat pula tidak dibenarkan sebarang aktiviti dan ibadah secara berkumpulan.

Harga siling topeng muka RM 1.50 akan dikaji dari semasa ke semasa.

Jadilah rakyat yang prihatin dan sentiasa berada di dalam rumah untuk membantu para ‘frontliner’ sama-sama menangani wabak Covid-19 ini.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "8 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang PKP Fasa Kedua Bermula Hari ini Hingga 14 April 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*