[VIDEO] Johan Raja Lawak, agih apa pada ahli Seniman ni??

PENYANYI yang juga bekas peserta program Mentor musim ketiga iaitu Keena berkata dalam diam terdapat ramai selebriti yang memberikan sumbangan ikhlas kepada pekerja industri kreatif yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Keena atau nama sebenarnya Suriana Abdul Wahab, 34, yang menjadi sukarelawan dalam misi bantuan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) berkata kebanyakan penderma enggan nama mereka dided4hkan.

“Semalam kami adakan kerjasama antara Seniman dan Profima untuk membantu nasib anak seni yang mengalami kesukaran hidup dalam tempoh PKP. Tidaklah banyak namun cukup untuk buat bekalan makan.

“Namun saya bersyukur kerana sebenarnya ramai selebriti yang hulurkan bantuan antaranya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam. Malah pelawak Johan bersama isterinya turut hadir membantu kami mengagihkan sumbangan.

“Tapi saya enggan ulas lanjut mengenai sumbangan yang Johan berikan kepada kami seperti yang tular di laman sosial, dia minta agar perkara dirahsiakan,” kata Keena kepada mStar.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Johan Raja Lawak, agih apa pada ahli Seniman ni??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*