“Tak Ada Wanita Paling Bernilai Dan Berharga Patut Saya Ikut Arahannya Melainkan Ibu Saya” – Aliff Syukri

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi sekeping gambar bersama ibunya yang diambil sewaktu awal-awal dahulu.

Gambar yang dikongsi di Instagram miliknya itu menceritakan sedikit asal-usul permulaan dirinya sebelum dia memulakan perniagaannya lagi.

“Cuba teka umur saya masa ni berapa? Time saya pergi haji masa ni mak saya belanja semua dan saya reti bersyukur sebab apa yang saya ada hari ni semua dari dia.

Waktu ni dialah bawa saya dari kampung ke bandar, duduk hotel seles amasa buat haji, duit poket mak beri, baju lawa,” tulis Aliff Syukri.

Tambah Aliff, dia sangat menghargai kenangan tersebut apatah lagi ketika itu dia masih belum berumah tangga.

“Terima kasih mak hargai Kri. Kenangan yang tak boleh dilupakan masa ni belum kawin lagi.

“Syurga anak lelaki itu adalah di bawah telapak kaki ibunya. Tak ada wanita paling bernilai dan berharga dan patut saya ikut arahannya melainkan ibu saya,” tulis Aliff lagi.

Sebelum ini ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim pernah menegur tingkah laku anaknya sehinggkan terpaksa membuat video untuk menyampaikan isi hatinya.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tak Ada Wanita Paling Bernilai Dan Berharga Patut Saya Ikut Arahannya Melainkan Ibu Saya” – Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*