“Datuk Rizalman, Mamat Khalid pun cakap perkara sama, kenapa tak sam4n? Takut tak de job?- Zarina Anjoulie

TINDAKAN segelintir artis ‘menyer4ng’ Zarina Anjoulie Lavocah dalam kumpulan Telegram sedikit pun tidak menggug4t pelakon drama Anak Ponti4nak itu.

Zarina, 33, atau mesra disapa Anju berkata, dia hanya bercakap perkara betul secara menyeluruh.

“Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.

“Kenapa tidak mar4h dan sam4n mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tind4s orang yang senang dipijak.

“Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditind4s. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat lap0ran polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai lap0ran polis dibuat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terhadapnya, Zarina berkata, dia tidak membuat sesuatu yang salah.

Zarina turut menyifatkan tindakan segelintir artis yang mengutuknya berdasarkan isi kandungan dalam kumpulan Telegram seperti yang tersebar itu adalah salah.

“Seniman kata saya r4cun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat lap0ran terhadap saya, bukankah itu mengh4sut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.

“Mereka kutvk dan h1ina saya dan rancang nak sam4n. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu. Apabila saya tularkan, mana sam4n yang kata nak sam4n saya. Tapi senyap, sebab saya boleh sam4n malu.

“Kalau ikutkan, saya yang patut buat lap0ran polis dan sam4n. Sebab mereka sudah fitn4h dan malvkan saya,” katanya.

Menurut Zarina, tidak ada sebab untuk dia meminta maaf.

“Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutvk dan hi1na saya, saya patut sam4n mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?

“Seperti yang saya beritahu, apa saya cakap tak salah. Cuma satu pesan saya, kalau betul nak tolong artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, alhamdulillah. Sebab apabila orang cakap nak buat benda baik, kita kena fikir positif,” katanya.

Terdahulu, tular paparan skrin perbualan dalam kumpukan Telegram membabitkan artis yang didakwa mengec4m Zarina susulan video yang dimuat naik di Instagram.

Antara lain, isi kandungan mesej itu turut memperlekeh dan menghi1na netizen dengan panggilan lembu, IQ (tahap penikiran) rendah dan banyak lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

apa pendapat korang. kalau ada anju ada salah sebut dalam ni anju minta maaf tapi sila share pendapat korang

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : hmetro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Datuk Rizalman, Mamat Khalid pun cakap perkara sama, kenapa tak sam4n? Takut tak de job?- Zarina Anjoulie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*