Imam Makkah cakap Melayu, doakan Malaysia selamat dari Covid-19

Imam dari Masjid Abbad, Makkah, Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi daripada wab4k Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.

Beliau yang sering menjadi imam jemputan pada bulan Ramadan di Malaysia sempat memberikan ucapan dalam dalam Bahasa Melayu walaupun kurang fasih.

Menurut Mohammad Sharif, beliau menunaikan permintaan beberapa sahabatnya di Malaysia yang memohon agar menitipkan doa buat kesejahteraan rakyat di negara ini.

“Mereka minta imam (saya) doa untuk Malaysia, Allah selamatkan kita daripada b4la wab4k koronavirus. Mohon dengar dan kongsi video ini,” katanya.

Pada penghujung video berdurasi empat minit itu, beliau memberikan beberapa amalan dan zikir harian serta surah al-Quran untuk diamalkan sebagai pelindung daripada wab4k.

Video tersebut yang dikongsi di laman Facebook Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan telahmenerima lebih 10,000 perkongsian dan 13,000 tanda suka.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : cempedak cheese

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Imam Makkah cakap Melayu, doakan Malaysia selamat dari Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*