“Artis Sedar Diri” Amar Baharin Semak Bantuan Prihatin Nasional Dan Ini Keputusan Semakan

PELAKON Amar Baharin berkongsi keputusan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dimohonnya tidak berjaya berikutan pendapatan isi dalam rumah melebihi kelayakan.

Menyedari dirinya berkemampuan, Amar, 35, memilih untuk berkongsi rezekinya dengan menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan (frontliners).

Menurut suami kepada pelakon Amyra Rosli ini, dia berharap sumbangannya itu dapat meringankan beban fronliners yang sanggup berk0rb4n dan berjuang demi memerangi wabak Covid-19.

Amar berkongsi keputusan semakan BPN di Instagramnya.

“Dah check dah. Tak lulus pun. Sebab pendapatan pemohon atau pasangan melebihi kelayakan. Jadi yang lebih tu la kami sumbangkan sedikit untuk #frontliners Malaysia.

“Dengan harapan sedikit buah tangan kami ni dapat meringankan beban hero-hero Malaysia yang berjuang 24/7 . Terima kasih barisan hadapan kami yang berk0rb4n untuk perang ini.

“Cepat kita putuskan rantaian ni, cepat kita dapat keluar mencari rezeki. Itu doa kami untuk semua,” katanya.

 

Terima kasih barisan hadapan kami yang berkorb4n untuk per4ng ini.

AMAR BAHARIN

PELAKON

Pelakon drama Cembvru Seorang Perempuan itu mended4hkan keputusan semakan tersebut di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Amar dan Amyra yang sentiasa merendah diri dan mereka turut mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki.

“Sentiasa merendah diri. Korang saja artis yang paling sempoi… Kontr0versi pun tak ada, tak ada buat hal. Salah satu sifat yang patut dicontohi.

“Terima kasih. Memberi semula pada masyarakat yang perlu. Semoga rezeki kalian sekeluarga terus terbuka seluasnya dan sentiasa dipermudahkan urusan.

Netizen mendoakan agar Amar sekeluarga dimurahkan rezeki.

“@aamyrarosli @amarbaharin sama la kita bagi pada yang lebih memerlukan dan lebih susah daripada kita. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah pada kita,” komen beberapa netizen.

Seluruh rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti atau anak seni layak untuk memohon inisiatif yang diumumkan kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Nasional bermula Rabu.

Pembayaran fasa pertama BPN akan tertumpu kepada golongan B40 berikutan kesusahan yang dialami khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu akibat penularan Covid-19.

KOMEN NETIZEN :

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Artis Sedar Diri” Amar Baharin Semak Bantuan Prihatin Nasional Dan Ini Keputusan Semakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*