Bonda Dato Aliff Syukri Bongkarkan Perangai Sebenar Datin Shahida Yang Ramai Tidak Tahu

Kemelut rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kembali hangat diperkatakan apabila tersebar status Instastory Aliff Syukri beberapa hari lalu menunjukkan surat permohonan cer4i dari isterinya. 

‘Permohonan diluluskan. Cepatlah masa berlalu supaya jangan lagi banyak benda yang buat saya malu’.

Status ini memberi gambaran bahawa satu persetujuan telah dicapai yang membabitkan status rumahtangganya. Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan cuma membalas pertanyaan dengan emoji sed1h.

Datin Shahida Merupakan Ciri-Ciri Menantu Idaman Bonda?

Dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu. Kalau dilihat dari catatan di instagram bondarozitaibrahim , Datin Seri Shahida ini memang menantu pilihan dan kesayangan.

Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yg terkenal..(saya tak kenal artis sangat ) saya agak tekejut kerana seorang model yg income byk boleh bekerja sebagai CS..??

Disini saya akui saya tidak mahu org yg dlm dunia glamer jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yg cantik, sgt baik. Dia tak sombong dan tak kekok menggangkat kotak dan menyapu sampah walaupun dia seorg model yg terkenal. Ini sgt mengejutkn saya.

Keperibadian yang Ada pada Datin Shahida

Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti utk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya. Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga..kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkan. Bila Kri ngorat dia pun tak nak. Woww hebat budak ni…

Sepanjang saya melihatkan anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak sy dn kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta. Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan di hati ” nak sgt budak ni…” Yg pinang dia ialah Abg Ady dan Kak Yatienya..

Kri memang hensem dan ramai peminat tp bab dosa besar dia tak kan buat sy puji Kri bab ni. Nak kawin pun dia serahkan pada saya. Bila dia kata nak Ida saya kata tak payah lama… kawin je terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sbb dia jaga anak-anak saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya lah ya..puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok dan sayang saya sgt (sampai nama ank dia pun dia nak saya kasi nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri! Masa dia remaja bini org , mak cik-makcik suka dan sayang dia, utk elak perbuatan tak senonoh Ida terbaik utk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yg tergedik-gedik utk menggoda org kaya, ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya.(Saya sgt memilih nasab).

Satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya dia menjaga ayah saya sakit sama-sama dgn saya. Dia sayang anak-anak saya yg msih kecik dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin. Cuba bayangkan di hati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan dia dalam keluarga saya? Tak Akan..

Touching kan membaca status instagram ibu Datuk Seri Aliff Syukri ni. Untung dapat menantu macam ni, dan beruntung juga Datuk Seri Aliff dapat isteri sebegini baik. Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena pada Oktober 2017 dan Qayyum pada awal Disember 2017.  Lalu pasangan ini menimang cahaya mata keempat selepas enam tahun menanti. Bayi yang baru lahir ini dinamakan Yusoff Al Qardawi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bonda Dato Aliff Syukri Bongkarkan Perangai Sebenar Datin Shahida Yang Ramai Tidak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*