“Pengali kubvr akui kubvr paling cantik, terasa sejuk lantainya seolah dari mar mar “- Luahan Suami Ustazah Shadiya.

“ALHAMDULILLAH, jen4z4h isteri saya negatif Covid-19,” demikian kata Mohd Khairul Azman Md Daud, suami kepada pendakwah terkenal, Allahy4rhamah Shadiya Abbas.

Mengesahkan perkara itu menerusi satu posting di Facebook pada Isnin, Mohd Khairul berkata keputusan berkenaan dimaklumkan selepas pihak hospital melakukan dua kali ujian terhadap jen5zah isterinya.

Menurut Mohd Khairul, jen5zah isterinya akan dibawa pulang ke Masjid Puncak Alam, Selangor untuk urusan pengebumian yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

“Insya-Allah jen5zah akan dibawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dik5fankan dan disolatkan selepas solat Zohor. Disem5dikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah Puncak Alam.

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar 4rw4h diampunkan segala d0sanya dan ditempatkan bersama para solihin.

“Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat saja untuk uruskan jen4zah. Digalakkan buat solat jen4zah ghaib. Ampun maaf,” tulisnya lagi.

Allahyarhamah Shadiya, 40, meningg4l dunia pada jam 5.05 pagi Ahad di Hospital Sungai Buloh akibat sesak nafas.

Terdahulu pada Ahad, Mohd Khairul berkata jen4zah isterinya masih belum boleh dibawa pulang kerana pihak hospital perlu membuat ujian pengesanan wabak Cov1id-19.

Image may contain: one or more people and outdoor

Luahan suami menemani perjalanan akhir bidadarinya

PERJALANAN TERAKHIR

====================

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebvmian jen4zah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkubvran Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

💕 Urusan mandikan jen4zah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meningg4lkan abg, sayang mandikan abg.

💞 Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jen4zah.

💞 Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubvr yang indah dan liang lah4d yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang l4had, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh li4ng lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubvr dan petugas pengurusan jen4zah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubvr kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubvr siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga saya berada dalam rahmat Allah.

💞Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barz4kh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

💞 Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jen4zah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan 4rw4h bidadari saya, jika ada d0sanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arw4h pada kalian, maklumkan pada saya.

💞Jom kita sama² baca doa ini

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Dalam pada itu, anak sulung pasangan berkenaan, Ahmad Al Fateh turut menulis coretan di Facebook meluahkan rasa sed1h atas pemergian ibunya.

“Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap.

“Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama, salam mama, cium pipi mama. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita,” tulisnya.

Remaja berusia 16 tahun itu juga berkongsi betapa 4rw4h ibunya sentiasa sentiasa mendoakannya agar menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

“Terima kasih mama sebab jadi mama saya. Mama dah buat macam-macam yang saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan d0sa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama. Insya-Allah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma?,” tulisnya pada posting berkenaan.

Image may contain: 5 people, people sitting

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar / MK Azman edit by coretan ummie

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Pengali kubvr akui kubvr paling cantik, terasa sejuk lantainya seolah dari mar mar “- Luahan Suami Ustazah Shadiya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*