Rosmah didakwa ‘lulus terima’ bantuan BPN, Ini reaksi sempoi Najib

Hari ini media sosial sedikit kecoh apabila Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, dikatakan layak menerima RM800 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ini berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Rosmah “lulus” menerima bantuan tunai itu.

Bagaimanapun, Najib yang juga MP Pekan tidak layak mendapat BPN.

Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada dokumen mahkamah.

Malaysiakini telah menghubungi Najib dan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan.

Semakan selanjutnya terhadap status bantuan BPN yang diterima Rosmah pada jam 11.50 malam bagaimanapun menunjukkan “tiada rekod.”

Berikut penjelasan Najib dia akaun FB milik beliau, dan sempat menyindir Mkini kerana menjadikan isu ini sebagai tajuk utama berita mereka

“Ada posting yang sedang disebar oleh penulis media sosial PH bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantvah Prihatin sebanyak RM800. Seperti diumumkan kerajaan, kerajaan akan membayar bantuan secara autom4tik mengikut database LHDN tanpa perlu dimohon. Bagaimanapun, bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu. Dalam laman web untuk semak Bantuan Prihatin pun tiada rekod. (Kita sedia maklum bahawa penulis media sosial adalah pakar gambar dan video edit) Jika ianya benar dan wang RM800 itu dibayar secara autom4tik ke dalam akaun bank isteri saya, ianya akan disumbangkan kepada Tabung Covid kerajaan. Sebenarnya, saya menyambut baik usaha kerajaan PN untuk cuba membantu seberapa Rakyat yang mungkin dalam krisi1s Cov1id luar biasa ini. Sesiapa lagi yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN dan rasa mereka tidak memerlukannya, boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covi1d kerajaan. Dikendalikan Agensi Pengurusan B3ncana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan B3ncana Negara). Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan. AMARAN: Jangan salah hantar ke Tabung Harapan pulak.”

“Mkini ini agak obsess dengan bini saya. Entah kenapa.

Dorang jadikan berita ini sebagai tajuk berita paling utama untuk halaman Bahasa Inggeris dan BM mereka.

Macam tak ada berita lain dalam krisis Covid ini.”

“Pr0paganda PH: Dari RM2.6b kepada RM800. Dulu dorang tvduh saya r0mpak RM2.6b dan masukkan dalam poket untuk beli cincin. Tapi dibuktikan dalam mahkamah bahawa RM2.6b itu sudahpun dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian selepas PRU13. (Tiada seorang pemimpin PH akan mengaku fakta ini. Tiada seorang pemimpin PH pun akan berani kata Najib boh0ng tentang ini) Lalu dibuktikan lagi dalam mahkamah oleh pihak bank serta SPRM bahawa sekurang-kurangnya RM600 juta juga pernah adalah dibayar terus dari akaun bank Kementerian Kewangan kerajaan Arab Saudi dan putera Arab ke dalam akaun di bawah nama saya. (Siapa dulu yang pernah kata hanya Arab g1ila sahaja yang akan bantu?) Selepas kesemua itu terb0ngkar dalam mahkamah, last-last dorang tudvh bini saya tipu bantuan prihatin RM800 pulak.”

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional pada 29 Mac sebagai pakej rangsangan ekonomi bagi menampan dampak negati1f w4bak Covud-19 terhadap ekonomi negara.

RM800 akan dibayar kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.

Sementara itu, hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah akan menerima BPN RM1,6000. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.

Untuk rekod, anggota parlimen mendapat gaji bulanan RM16,000 ditambah elaun lain.

Bagaimanapun, Oriental Daily melaporkan terdapat kelompongan dalam sistem BPN apabila individu yang tidak layak masih menerima bantuan tersebut, manakala sesetengah netizen mendakwa mereka “tidak lulus” walaupun mereka menepati syarat-syarat penerima bantuan tunai itu.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rosmah didakwa ‘lulus terima’ bantuan BPN, Ini reaksi sempoi Najib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*