Pelakon kanak-kanak dan ibu positif C0vid-19

PELAKON kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa, 6, yang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland turut disahkan positif Covid-19.

Turut positif wabak itu ialah ibunya yang dikenali sebagai Syira yang menemaninya sepanjang terbabit dalam penggambaran itu di sana.

Syira ketika dihubungi berkata, dia reda dan yakin apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT.

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

Sekarang, kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya tidak mengalami sebarang gejala, cuma Rayqa yang d3mam sejak di sana lagi. Sejujurnya, tak tahu nak cakap apa apabila dapat berita ini. Apa boleh dikatakan, Allah sayang kami, sebab itu Dia uji kami,” katanya kepada Harian Metro.

Syira berkata, sepanjang di sana dia bersama pasukan produksi saling mengingatkan antara satu sama lain dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan.

PELAKON drama Demi, Ashraf Muslim dan Puteri Aishah(kanan)
PELAKON drama Demi, Ashraf Muslim dan Puteri Aishah(kanan)

“Di sana kami tinggal sekali dan sentiasa bersama-sama. Kami jaga kebersihan, setiap hari makan vitamin C dan saling mengingatkan soal keselamatan masing-masing.

 “Apabila dapat berita ada kru yang positif, pada mulanya takut juga. Tapi, saya berserah pada Allah. Kalau betul Allah nak bagi peny4kit ini, kami reda.

Apa yang penting sekarang, saya dan anak mahu sihat saja. Dalam keadaan sekarang ini kita kena berfikiran positif. Saya berharap masyarakat tidak memandang negatif dengan kami. Tidak minta pun perkara ini nak berlaku. Doakan kami semoga diberi kesembuhan,” katanya.

 Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pelakon utama drama itu, Puteri Aishah juga disahkan positif, kelmarin termasuk lima kru lain membabitkan pengarah, penolong pengarah, jurukamera, kakitangan bahagian pakaian dan solekan.

Rombongan seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

 Pelakon lain yang terbabit dalam drama terbitan Elisa Vision Sdn Bhd itu adalah Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pelakon kanak-kanak dan ibu positif C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*