LHDN Perjelas Kenapa Ramai Ahli Politik Layak Terima BPN

Semakan mendapati sistem kelayakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berada dalam keadaan baik walaupun terdapat aduan beberapa wakil rakyat dan orang kenamaan (VIP) yang tidak layak mendapati mereka “lulus” bantuan kewangan kerajaan itu, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

” LHDN mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

” Penentuan penerima BPN dibuat dengan memadankan kriteria pendapatan BPN dengan data percukaian terkini di LHDNM berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan mengikut kategori…

” Merujuk isu beberapa ahli parlimen dan orang kenamaan turut layak dan menerima BPN, perlu dijelaskan bahawa kelulusan dibuat secara autom4tik berdasarkan data taksiran pendapatan individu tersebut pada tahun 2018 dalam rekod LHDNM,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Ini berikutan laporan bekas isteri PM Najib Razak, Rosmah Mansor yang pada mulanya “lulus” bantuan BPN sebanyak RM800, sebelum semakan selanjutnya pula menunjukkan beliau tidak layak.

Kemudian, beberapa MP pula mengakui mereka juga mendapat BPN.

Anggota parlimen ini mahu sistem tersebut diperbaiki dan bimbang jika peruntukan tidak disalurkan kepada penerima yang benar-benar layak.

Cara nak pulang balik

Bagaimanapun, LHDN hari ini berkata pihaknya,”menerima baik ahli parlimen yang secara sukarela telah memulangkan bayaran BPN tersebut.”

Sekiranya mana-mana MP atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN tersebut, jelas LHDN lagi, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut:

” Pertama, mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad.

” Kedua, lampirkan draf bank/ cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan ketiga, dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia

Ramai MP Layak Terima BPN

Hari ini Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh terkejut apabila beliau layak dan lulus untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Beliau berkata, dia sendiri telah membuat semakan dan mendapati permohonannya ‘lulus’ sedangkan dia bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk BPN.

“Saya terpanggil untuk membuat semakan selepas tular berita berkenaan ada ahli parlimen, menteri, isteri mantan perdana menteri serta mantan timbalan menteri telah menerima kelulusan BPN.

“Tidak sangka dan agak terkejut apabila saya sendiri pun lulus untuk menerima bantuan tersebut,” katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, perkara itu menimbulkan persoalan bagaimana ia diluluskan dalam sistem sedangkan dia tidak layak menerima BPN.

Kesi1lapan Serivus

“Kesi1lapan ini mungkin turut melibatkan lebih ramai individu yang tidak layak tetapi lulus untuk menerima bantvan ini.

“Memandangkan bayaran akan di buat secara terus, saya khuatir, ramai yang tidak menyemak dan ters4lah terima,”katanya.

Beliau berkata, BPN yang diluluskan secara autom4tik tanpa permohonan terbuka membawa kepada kesi1lapan sistem yang seri1us.

“Sumber negara perlu digunakan sebaik mungkin dalam keadaan kita memerangi penvlaran w4bak koronavirvs (Covi1d-19 ) dan kesilapan begini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Mahfuz lulus BPN, mahu belanja Najib buka puasa. Sekali Najib reply balik

Sebelum ini Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengakui bahawa beliau disenaraikan sebagai ‘lulus’ untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ekoran itu, beliau menggesa agar kerajaan mengkaji semula sistem saringan dalam menentukan penerima yang layak menerima bantuan.

“Saya difahamkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menerima senarai siapa layak dan tak layak, berasaskan berapa cukai yang layak dibayar dan berapa tidak layak bayar. Dan kemudian dia akan lihat layak atau tidak untuk mendapat BPN.

“Jadi bagi saya, sistem ini perlu dilihat semula, kerana akan menyebabkan orang yang tidak layak akan dapat bantuan (dan sebaliknya),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau sudah menerima wang itu di dalam akaun banknya, Mahfuz berkata bahawa beliau tidak tahu kerana tidak menggunakan sistem semakan dalam talian bagi akaun banknya, selain tidak dapat meninggalkan rumah ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan tetap menunaikan janji untuk belanja bekas perdana menteri Najib Razak berbuka puasa.

“Saya dah janji dengan Najib di Facebook, masa sidang parlimen ni, saya nak belanja dia buka puasa.

“Yang lebih saya akan derma untuk tabung guamannya, sebab dia yang muat naik di Facebook mula-mula. Saya anggap dia peminat setia saya, saya akan bantu dia,” katanya berseloroh, merujuk respons yang dibuatnya terhadap hantaran Najib di Facebook.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "LHDN Perjelas Kenapa Ramai Ahli Politik Layak Terima BPN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*