Ibu Terpaksa Merayu, Dipercayai Anak Meninggal Selepas Rawat Pesakit COVID-19

Hancur hati seorang ibu apabila anak perempuannya yang men1nggal dunia setelah berkhidmat sebagai ‘frontliner’ COVID-19 dilapor didiskriminasi sebahagian penduduk tempatan. Menurut Makassar Terkini, sekumpulan warga tempatan dipercayai telah menolak agar jen4z4h dikebumikan berhampiran kejiranan mereka.

Mangsa yang merupakan seorang petugas kesihatan berusia 38 tahun itu disahkan men1nggal dunia semalam, 9 April setelah mer4w4t seorang pesakit COVID-19.

Akhbar tempatan tidak menyatakan punca kem4tian mangsa.

“Penduduk sudah menggali kubur, tetapi tiba-tiba ada bangkangan oleh sebahagian masyarakat. Padahal pihak kejiranan dan rukun tetangga tiada masalah,” kata wakil kumpulan pencegahan COVID-19 Semarang, Alexander Gunawan.

Susulan itu, tular video ibu kepada petugas berkenaan yang merayu penduduk supaya menerima anaknya dikuburkan di pemakaman tersebut.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya menangis sambil menadah tangan merayu kepada penduduk setempat.

Pun begitu, penduduk terlibat terus menolak pengebumian dilakukan di sana, memaksa petugas membawa jen4z4h ke bilik jen4z4h Hospital Kariadi, Semarang.

Disebabkan itu, keluarga mangsa telah mengambil keputusan untuk mengebumikannya di tapak perkuburan keluarga pegawai hospital tersebut.

“Keluarga mengambil keputusan memindahkan pengebumian jen4z4h di perkuburan keluarga Hospital Kariadi Semarang kerana almarhumah bertugas di sana,” kata Alexander.

Dalam laporan yang berbeza, susulan tersebarnya video ibu berkenaan, seorang wakil penduduk kampung tampil membuat permohonan maaf di atas kejadian berkenaan.

Menurutnya, tindakan menghalang pengebumian yang dibuat sebelum ini adalah keputusan rata-rata penduduk di kawasan itu.

Sebelum ini, tular kisah sebuah keluarga yang dipvlaukan penduduk tempatan apabila salah seorang anak mereka meninggal dunia akibat COVID-19.

Sumber: Makassar Terkini

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ibu Terpaksa Merayu, Dipercayai Anak Meninggal Selepas Rawat Pesakit COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*