‘Mereka Mempertaruhkan Ny4wa’ – Puteri Aishah

KUALA LUMPUR: Melihat keadaan petugas barisan hadapan mengendalikan pandemik COV1ID-19 menimbulkan perasaan keinsafan buat pelakon, Puteri Aishah.

Pelakon filem Pulang itu disahkan positif COVI1D-19 pada Selasa lalu, sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.

Puteri Aishah kini menjalani raw4tan dan ku4rantin di Hospital Sungai Buloh (HSB), sejak tiga hari lalu.

“Saya kagum dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan. Mereka bersungguh membendung penularan v1irus ini. Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, apatah lagi mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama.

“Bukan itu sahaja, mereka juga mempertaruhkan ny4wa dengan tugas berb4haya itu. Saya melihat mereka di depan mata, rasa insaf dalam diri. Jadi, patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.

“Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Mengambil contoh pengalamannya, Puteri Aishah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak takut menjalani ujian saringan COVID-19 jika pernah mempunyai kontak dengan individu yang dij4ngkiti.

“Saya tahu ramai takut menjalani ujian saringan kerana bimbang tak mampu terima kenyataan sekiranya disahkan positif. Lebih baik, kita melakukan pemeriksaan awal daripada menyesal pada kemudian hari.

“Jangan mementingkan diri. Fikirkan juga keselamatan orang sekeliling,” pesannya.

Mengulas keadaannya, Puteri Aishah berkata, dia mengalami j4ngkitan kum4n pada paru-paru, tetapi tidak begitu serius.

“Saya dibawa ke HSB untuk dir4w4t sejak Rabu lalu. Ambulans mengambil saya di rumah.

“Selepas urusan pendaftaran selesai, saya dibawa ke sebuah bilik yang di dalamnya ada empat katil. Bagaimanapun, kami dipisahkan menerusi tirai yang sentiasa ditutup.

“Keadaan saya sekarang stabil. Saya tak demam, b4tuk, sesak nafas atau mengalami sebarang gej4la lain. Cuma, doktor memberitahu saya mengalami j4ngkitan kum4n pada paru-paru,” katanya.

Katanya, dia juga sudah menjalani pemeriksaan jantung.

“Jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak okay sahaja,” ujar Puteri Aishah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : BH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Mereka Mempertaruhkan Ny4wa’ – Puteri Aishah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*