“Degilnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat

Sebanyak 30 kes baharu jangkitan wabak COVID-19 dicatatkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan sebanyak 3,842 kes. Manakala jumlah k0rb4n dicatatkan pula ada sebanyak 327 kem4tian. Ini menurut laporan yang diambil dari Jakarta Globe.

Kita tahu, Indonesia adalah sebuah republik yang besar justeru populasinya juga besar. Jadi agak sukar untuk pemerintah menguruskan rakyatnya ketika pandemik ini mula melanda negara itu — hinggakan ia kini diibaratkan sebagai bom jangka.

Di laman sosial baru-baru ini, bertebaran video menunjukkan sekumpulan jemaah berkerumun sambil menolak-nolak pagar masjid — meminta untuk dibenarkan masuk bagi menunaikan solat Jumaat.

Rakaman yang diperoleh ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.

Pengguna Twitter dari Indonesia sendirit turut berkongsi video sama dan memaklumkan kejadian itu berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura, Kabupaten Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April lalu.

Difahamkan, ia berlaku setelah penduduk di situ tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat selama dua minggu berturut-turut dan bimbang sekiranya keadaan itu akan membuatkan mereka jatuh kafir dan murtad.

Apa pun, semoga situasi ini tidak terjadi di Malaysia. Dengan menjelang tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi — adalah baik kita menumpukan ibadah di kediaman masing-masing demi menjaga kesihatan orang awam secara keseluruhannya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : LM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Degilnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*