Kita Mungkin Tidak Dapat Melancong Seperti Biasa Sehingga Tahun 2023

Memang tak dapat dinafikan bahawa antara salah satu industri yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 adalah industri pelancongan.

Jika lapangan terbang merupakan antara salah satu tempat paling sibuk di mana setiap saat ia dipenuhi dengan orang ramai, namun kini ia lengang.

Dan bahang ini dirasakan secara langsung oleh syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia dan ia berhadapan dengan r1siko yang sangat nyata di mana sesetengah daripada mungkin tidak dapat bertahan akibat penutupan lapangan terbang dan polisi kemasukan ke kebanyakan negara.

Kini kita semua tidak lagi dibenarkan ke luar negara dan pelancong-pelancong luar negara juga berhadapan dengan kawalan yang ketat. 

Persoalannya, sampai bilakah situasi ini akan berterusan dan bilakah kita dapat berjalan ke dalam dan luar negara seperti biasa?

Tumpuan kita sudah tentunya tertumpu kepada bilakah industri ini akan pulih dan berapa lama masa yang diperlukan untuk proses pemulihan ini.

Apa yang agak membimbangkan adalah tiada model untuk proses pemulihan ini.

Namun, menurut pakar pelancongan global iaitu Atmosphere Research Group (ARG), garis masa pemulihan ini akan berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 tahun selepas COVID-19 diisytiharkan sebagai “di bawah kawalan”.

ARG masih tidak pasti apa yang akan menyebabkan proses pemulihan ini bermula, sama ada jika jangkitan dan lengkungan COVID-19 menjadi rata, ataupun kita telah berjaya menghasilkan vaksin yang boleh didapati di mana-mana. 

Walau bagaimanapun, Atmosphere Research Group setuju dengan para peramal dan eksekutif industri lain di mana pemulihan akan berlaku secara beransur-ansur dan bermula dengan perjalanan domestik.

Syarikat penerbangan kemungkinan akan membina semula rangkaian mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa iaitu bermula dengan laluan utama tetapi dengan tumpuan strategik ke atas kapasiti yang akan memihak kepada pesawat yang lebih kecil dan lebih cekap seperti Airbus A350 dan Boeing 787 berbanding pesawat dua tingkat Airbus A380.

Anggaran tempoh pemulihan

Jadi, persoalannya adalah bagaimana proses pemulihan ini akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang dan siapa yang diramalkan bakal menjadi penumpang yang akan memenuhi pesawat-pesawat?

Oleh kerana kita tidak tahu bilakah virus ini akan reda, kita harus membuat anggaran. Dan dalam kes ini, kita menggangap bahawa pendemik COVID-19 secara umumnya mungkin akan diisytiharkan sebagai terkawal menjelang penghujun tahun 2020.

6 hingga 9 bulan 

Untuk tempoh 6 hingga 9 bulan pertama selepas COVID-19 reda, ARG meramalkan bahawa kumpulan yang dilabelkan sebagai “tiptoe traveller” adalah yang pertama mula meneroka semula dunia.

Walaupun kumpulan ini juga akan disertai oleh mereka yang berjalan atas urusan perniagaan, namun dijangkakan bahawa ia lebih melibatkan perjalanan peribadi dan juga percutian.

ARG mencadangkan bahawa kumpulan pertama yang akan melakukan perjalanan melalui penerbangan adalah mereka yang “lebih berpendidikan” dan terdiri daripada kumpulan berpendapatan tinggi.

Mereka ini boleh dirujuk sebagai “pelarian demam kabin”.

Kumpulan ini akan lebih tertumpu kepada perjalanan domestik tetapi juga diramalkan terlibat dalam perjalanan antarabangsa jarak jauh.

8 hingga 16 bulan

Sepanjang 8 hingga 16 bulan selepas COVID-19 berjaya dijinakkan iaitu melalui fasa pertengahan tahun 2022, ARG meramalkan bahawa akan berlaku satu gelombang yang digelarkan sebagai “perintis”.

Kumpulan ini akan dipimpin oleh mereka yang melakukan perjalanan perniagaan bersama-sama penumpang kerap (frequent flyer) peringkat pertengahan serta atasan dengan pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke atas.

Kumpulan ini diramalkan bakal membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana.

12 hingga 18 bulan

Dari 12 hingga 18 bulan, mereka ini akan disertai oleh “fast followers” di mana industri penerbangan bakal memperlihatkan jumlah pengembara perniagaan yang hampir kembali normal bersama-sama dengan tempahan kabin premium untuk kelas perniagaan dan pertama yang semakin meningkat.

Menjelang penghujung tahun 2022, sebahagian besar daripada industri ini akan kembali seperti biasa, atau sekurang-kurangnya hampir sama seperti dahulu sebelum COVID-19 melanda.

16 hingga 24 bulan, dan seterusnya

16 hingga 24 bulan selepas COVID-19 dianggap telah berjaya dikawal di seluruh dunia (iaitu pada penghujung tahun 2022, jika COVID-19 berjaya dikawal menjelang penghujung 2020), barulah para pelancong dengan tujuan percutian akan membanjiri lapangan terbang di seluruh dunia di mana industri ini mencapai 80% hingga 90% jumlah pelancong daripada sebelum virfus melanda.

Selepas 24 bulan iaitu pada tahun 2023, ARG menjangkakan bahawa trafik pengembara dan pelancong akan berada pada tahap yang sama atau lebih daripada sebelum pandemik ini bermula.

Kesimpulan

Melihatkan pada tahap keseriusan pandemik COVID-19 di Malaysia dan juga di luar negara, industri penerbangan dan pelancongan akan terus terkesan sehinggalah virus ini dapat dikekang.

Namun begitu, ia tidak akan kembali pulih seperti biasa dengan serta-merta sebaliknya berlaku dengan perlahan dan berperingkat.

Hal ini disebabkan oleh kekangan kewangan dan juga usaha oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk kembali bangkit selepas tersvngkur.

Bagi mereka yang sangat suka mengembara lebih-lebih lagi ke luar negara, impak COVID-19 sangat dirasakan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Vocket

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kita Mungkin Tidak Dapat Melancong Seperti Biasa Sehingga Tahun 2023"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*