[VIDEO] “Sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing.”- Mira Filzah mengaku dah bertunang ?

Nur Amirah Filzah atau Mira Filzah merupakan pelakon yang paling laris dalam Malaysia sekarang ini. Habis satu drama ada lagi drama lain yang muncul di mana beliau pasti menjadi heroin. Boleh dikatakan sekarang merupakan zaman kemuncak atau kegemilangan si cantik ini. Kalau tidak tak akan beliau dapat meraih gelaran Bintang Paling Popular ABPBH yahun lepas.

Awal tahun ini ada desas desus tentang hubungan Mira dengan seorang jejaka apabila mereka kelihatan hadir berdua di majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah. Sejak dari itu, netizen tidak habis mengorek rahsia siapakah jejaka yang bertuah berjaya menambat hati Mira. Jejaka tersebut dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina. Dia juga merupakan seorang anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Walau bagaimanapun, Mira dan pasangan masih belum lagi membuat apa-apa pengumuman mahupun penjelasan tentang hubungan mereka pada phak media atau pun peminat.

Semalam Mira telah membuat live bersama Ustazah Asma’ Harun untuk membincangkan topik tentang pengorbanan. Dalam live tersebut ada ketika dimana Ustazah bertanya tentang status Mira Filzah. Walaupun malu-malu tapi Mira Filzah akur untuk menjawab tentang dirinya yang sudah berpunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Soalan maut;- MiRa dh BERPUNYA? MiRa dh BERTUNANG?• Jom dengar ape yang MiRa jawab🙊❤️Ape ape pun,, kita doakan yang baik baik utk MiRa💕Semoga dipermudahkan segala urusan dan insyaallah MiRa akan digelar seorang isteri pd tahun ini💕Aamiin. • #mirafilzah #mirafilzah✨#mirafilzahfans#miraclegacy #dramasweetdreams #sangkar #nona #tv3malaysia #togetherwestrong • @mfmirafilzah ❤ @ustazahasmaharun ❤

A post shared by MF🧚‍♀️💜! (@mfmffmfmf_) on

Perkongsian sedutan live tersebut dikongsikan dalam salah sebuah akaun peminat Mira Filzah di Instagram.

Alahai, malu-malu je Mira nak jawab. Kita doakan semoga hubungan Mira dan pasangan berkekakalan bukan sahaja hingga ke jinjang pelamin malah sampai ke syurga. Dengarnya kalau tiada apa-apa halangan mungkin bulan Oktober ini, tapi sekarang negara tengah berperang dengan virus COVID19 mungkin terpaksa ditangguhkan. Apa-apa pun semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Jangan menangis lelaki dekat luar sana ye. hehe

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mehbaca

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Sudah berjumpa ahli keluarga masing-masing.”- Mira Filzah mengaku dah bertunang ?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*