“Bukan semua berlagak sombong”-Kluster ‘kayangan’ mula cerita perkara sebenar

BUNYINYA memang indah duduk di hotel untuk kuarantin. Namun Tuhan saja yang tahu bagaimana t3kanan emos1i berada di dalam bilik. Kita yang normal pun hanya akan meluangkan masa di bilik hotel beberapa jam saja sebelum keluar.”

Itu luahan seorang rakyat tempatan yang baru pulang daripada urusan kerja di luar negara namun terpaksa menjalani perintah kuarantin di dalam bilik hotel.

Ada yang menyatakan bahawa ia umpama situasi ‘dua darjat’ apabila rakyat negara yang baru pulang dari luar negara diberikan penginapan di hotel manakala yang lain dikuarantin di hospital atau kawasan terpilih selama 14 hari pemantauan j4ngkitan virvs Cov1id-19.

Wujud juga dakw4an daripada petugas barisan depan bahawa rakyat tempatan yang baru pulang dari luar negara berkenaan umpama ‘kluster kayangan’ yang kurang memberi kerjasama tidak seperti pesaki1t lain terutamanya daripada kluster jemaah tabligh.

Tidak kurang juga menerusi hantaran di laman sosial menyatakan bahawa kluster tabligh jauh lebih baik daripada segi kesopanan ketika bertutur dengan petugas keselamatan berbanding ‘kluster kayangan’ ini.

Wartawan Harian Metro berjaya menghubungi seorang rakyat tempatan yang dikategorikan sebagai kluster kayangan ini untuk mengetahui kebenaran beberapa dakw4an yang tular di media sosial.

Hanya Kelompok Kecil

Lelaki berusia 33 tahun yang mahu dikenali sebagai Haniff berkata, dia tidak menafikan bahawa memang wujud kelompok kecil rakyat tempatan yang pulang dari luar negara berlagak s0mb0ng namun ia hanya kumpulan yang sangat kecil.

“Jangan kerana nila setitik, habis kami semua terkena tempiasnya. Masih ramai lagi yang berada dalam kategori ‘kluster kayangan’ ini memberikan kerjasama dengan baik kepada petugas barisan depan kerana kami juga mengetahui jerih payahnya tugas mereka.

“Cuma, apa yang kami kesalkan pengurusan bagi kluster ini tatkala berada di lapangan terbang lagi. Kami terpaksa menunggu berjam-jam dan masuk ke bilik hotel pada jam 1 pagi dalam keadaan lapar kerana tidak disediakan sebarang bentuk makanan.

“Untuk itu, saya rasa bukan isu besar namun apa yang meresahkan saya adalah tiada maklumat jelas berhubung status kami ketika berada di lapangan terbang. Tidak ada pegawai yang menjelaskan bahawa ke mana kami akan pergi dan apakah prosedur lanjutnya,” katanya dihubungi Harian Metro, semalam.

Haniff yang masih dikuarantin di sebuah hotel di ibu kota menyatakan pegawai bertugas ada menyatakan jadual waktu makan untuk semua individu yang dikuarantin namun waktu makan berkenaan tidak dipenuhi dan sering lewat.

Dia berkata, wujud juga segelintir petugas barisan depan yang bercakap k4sar dengan mereka walaupun niat hanya untuk bertanya situasi semasa.

Ada Petugas Cakap K4sar

“Saya maksudkan bukan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi petugas daripada agensi lain. Ada yang cuba bertanya situasi kami dan petugas membalas dengan cara kas4r. Saya faham semua pihak sedang berada dalam t3kanan, namun ia lebih baik jika menjawab pertanyaan dengan baik.

“Kita juga amat menghargai petugas barisan hadapan, namun mereka juga manusia dan tidak lari melakukan kes1ilapan di bawah t3kanan emosi. Sama juga seperti kami, saya harap jangan kerana bvruk segelintir, habis kami semua yang kena,” katanya.

Golongan ‘kayangan’ enggan bekerjasama dengan KKM: Tindakan t3gas menanti mereka

PUTRAJAYA : Tindakan t3gas akan diambil ke atas mereka yang enggan bekerjasama dengan petugas kesihatan KKM seperti yang berlaku di pusat kuarantin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan mereka boleh did4kwa di bawah Seksyen 186 Kanun Kes3ksaan kerana mengh4lang tugas penjawat awam.

“Hari ini mesyuarat memutuskan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mereka iaitu di bawah Seksyen 186 Kanun Kes3ksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, bukan saja menghalang tugas p0lis, tetapi juga kepada sesiapa penjawat awam yang terlibat dalam menghalang rantaian COVI1D ini termasuk jurur4wat, dan doktor,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Mereka yang melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dihVkum p3njara maksimum dua tahun dan d3nda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, setakat 9 April 2020, sebanyak 156 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 146 pada hari sebelumnya, di mana 11,445 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Semalam (10 April 2020) seramai 386 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib,” tambahnya lagi.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: M.B

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bukan semua berlagak sombong”-Kluster ‘kayangan’ mula cerita perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*