Demi Nak Sara Keluarga, Ibu Tunggal Ambil Upah Panjat Hingga 60 Batang Pokok Pinang Sehari

Berbekalkan kudrat empat kerat, ibu tunggal, Siti Hajar (35) mengambil upah memanjat pokok pinang bagi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah.

Setiap hari, beliau memanjat sehingga 60 batang pokok dengan upah kira-kira 50 sen (Rp2000) sepokok. Wanita dari Acheh, Indonesia ini memetik buah pinang dari pokok setinggi lapan hingga 12 meter untuk diberikan kepada individu yang mengupahnya.

“Biasanya, ada orang hubungi suruh panjat pokok pinang, kemudian saya bawa pinang kepada pembeli. Dari situ, baru saya mendapatkan upah,” kata Siti.

Beliau tinggal bersama dua orang anak, ibu dan abangnya.

“Selain dua orang anak, ada juga ibu dan abang yang hidup bersama dengan saya. Penghasilan dari memanjat pinang, untuk membeli kopi, beras, ikan, dan untuk jajan sekolah anak,” katanya.

Menurut BBC Indonesia, Siti Hajar telah bekerja sedemikian sejak berusia remaja. Beliau sempat berhenti setelah berkahwin dan mempunyai dua orang anak sekitar beberapa belas tahun lalu.

Namun, sejak pemergian suaminya lapan tahun lepas, akhirnya Siti Hajar terpaksa melakukan kerja berbahaya itu untuk menyara keluarga.

Akibatnya, ada masa pahanya lebam dan melecet disebabkan memanjat pokok pinang.

Tambah Siti Hajar, dia bekerja di sawah atau pemetik kacang di kebun orang jika di luar musim buah pinang.

“Kalau bukan musim pinang, biasa saya bekerja di sawah orang, atau bekerja sebagai pemetik kacang di kebun orang,” katanya.

Sebelum mendapat sebuah rumah sumbangan kerajaan, Siti Hajar dan keluarganya pernah tinggal di rumah beratapkan rumbia.

“Dulu rumah saya dari dinding rotan, beratapkan daun rumbia dan beralas tanah,” ujarnya.

Siti mengharapkan agar dapat memiliki sebuah tempat tidur dan satu televisyen untuk ditonton sebaik sahaja pulang dari bekerja.

Keluarga itu turut menerima bantuan berkala dari kerajaan sekitar Rp 300 ribu hingga Rp 700 ribu (kira-kira RM82.90 hingga RM193.49) setiap tiga bulan.

Sumber: BBC Indonesia

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Demi Nak Sara Keluarga, Ibu Tunggal Ambil Upah Panjat Hingga 60 Batang Pokok Pinang Sehari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*