[VIDEO] Langsung Tak Rasa Bersalah! Pendatang Asing Sakan Berjoget, Adakan Pesta Cetus Amarah Rakyat Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita telah pun memasuki fasa ke-3. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tarikh baru iaitu 28 April sebagai tarikh akhir untuk peringkat berjaga-jaga.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA TURUT TERTAKLUK KEPADA WARGA ASING

Rakyat Malaysia khususnya semakin faham dengan situasi semasa biar pun pergerakan yang terbatas ini mengundang pelbagai rasa dan masalah. Yang menjadi keutamaan sekarang adalah kesihatan diri masing-masing.

PKP ini bukan hanya diarahkan untuk rakyat Malaysia sahaja. Ianya berkuatkuasa bagi semua pihak tidak terkecuali pendatang asing yang mencari rezeki di negara ini. Oleh yang demikian, segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan perlu dipatuhi.

PENDATANG ASING ADAKAN PESTA SECARA BERAMAI-RAMAI

Walau bagaimanapun, lain pula dengan kisah penulis kongsikan kali ini. Dikhabarkan sekumpulan pekerja asing di sebuah kilang telah mengadakan pesta air secara berkumpul beramai-ramai. Tanpa rasa bersalah, mereka mengadakan aktiviti sosial, mengabaikan arahan pihak kerajaan Malaysia.

Mereka yang dipercayai warganegara Myanmar merupakan pekerja di kilang sarung tangan yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ilham Abata. Menurutnya warga Myanmar ini sedang menyambut pesta Songkhran yang bermula 13 April sehingga 15 April.

Dapat diperhatikan dalam rakaman, pekerja warga asing ini berjoget secara beramai-ramai tanpa tidak menjaga langsung jarak sosial seperti mana kerajaan sarankan.

MASYARAKAT BERANG DAN TIDAK PUAS HATI

Memetik kepada laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memberitahu bahawa pihaknya sedang menyiasat dan menunggu penjelasan dari pihak kilang berkenaan.

Melihat kepada reaksi warganet, perkara yang dilakukan oleh sekumpan warga asing ini mencetuskan rasa berang orang ramai. Dalam masyarakat sedang bertungkus lumus menangani wabak, mereka langsung tiada perasaan bersalah dan tidak menghorm4ti undang-undang Malaysia.

Semoga tindakan tegas dapat diambil kepada mereka ini. Semakin diberi muka, semakin menjadi-jadi perangainya. Tiada guna jika hanya rakyat Malaysia sahaja yang berusaha untuk mengikut arahan bahkan warga asing lain bersenang lenang dalam mengadakan aktiviti sosial.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Langsung Tak Rasa Bersalah! Pendatang Asing Sakan Berjoget, Adakan Pesta Cetus Amarah Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*