Laporan Buletin Utama Temukan Lelaki Ini & Keluarga Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami oleh Mohd Aidi Asyraf apabila dia akhirnya bakal ‘dipertemukan’ dengan abang kandungnya yang telah ‘hilang’ sejak dari tahun 1996 lagi.

Laporan Buletin Utama

Pada 11 April 2020, Buletin Utama TV3 ada melaporkan mengenai 1su gelandangan yang telah dipindahkan ke penempatan sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam sedutan berita tersebut, mereka turut membincangkan mengenai nasib yang bakal ditmpuhi oleh gelandangan-gelandangan ini sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sepanjang mereka berada di penempatan sementara itu juga, salah seorang daripada gelandangan telah dilantik sebagai Tok Penghulu dan ditugaskan untuk membantu dalam memantau keadaan sekitar penempatan disamping memudahkan urusan komunikasi.

24 tahun terpisah

Pada awalnya salah seorang pengguna Facebook, Nzam Arafat telah meninggalkan satu komen dengan memaklumkan bahawa seorang individu iaitu Mohd Aidi Asyraf sedang mencari abang kandungnya yang telah terpisah sejak tahun 1996.

Nzam Arafat memberitahu bahawa Aidi Asyraf ternampak wajah abangnya yang terpapar di kaca televisyen menerusi rancangan Buletin Utama TV3. Lebih mengejutkan apabila abang kandung yang dicarinya itu ialah ‘Tok Penghulu’ dalam kalangan gelandangan. Individu ini kemudian memohon orang ramai membantu untuk menemukan kedua-dua beradik ini.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Mohd Faizal Hassan memberitahu bahawa ‘pertemuan’ itu berlaku selepas Buletin Utama TV3 menyiarkan berita mengenai gelandangan yang kini tinggal di penempatan sementara. Tambah Faizal Hassan lagi, dia tidak menyangka kandungan berita itu akhirnya telah menyatukan semula adik-beradik yang terpisah selama 24 tahun.

Bakal pulang bertemu keluarga

Aidi Asyraf meluahkan rasa syukur dan gembira akhirnya dia akan dipertemukan kembali dengan abang kandungnya tidak lama lagi. Difahamkan, abangnya itu akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain sebaik sahaja selepas tamat tempoh PKP.

Sumber: Buletin Utama TV3, Mohd Faizal Haassan

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: OhBulan

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Laporan Buletin Utama Temukan Lelaki Ini & Keluarga Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*