[Video] Setiap Hari Buat Kebaikan, Ustaz Ebit Hulur Bantuan Untuk Warga Chow Kit Tanpa Mengira Agama

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi di Facebook semalam tentang misi sumbangan bantuan yang diedarkan kepada penduduk sekitar Chow Kit yang kurang berkemampuan.

Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew menyantuni semua golongan tanpa mengira beza bangsa, warna kulit dan agama.

Ziarah semalam di kawasan penempatan di Chow Kit membawanya ke rumah-rumah yang serba kurang lengkap, difahamkan setiap rumah mempunyai bilik-bilik kecil yang disewakan, bersaiz kecil, s3mpit hingga terpaksa berkongsi tandas.

Tidak kurang juga, beliau berkesempatan untuk menziarahi insan-insan memerlukan di kawasan lain termasuklah sebuah keluarga yang menyara anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Mari kita ikuti perkongsian penuh beliau;

seb4k bila jumpa akak-akak dan anak-anak di kawasan ini. Mereka sewa bilik. Tandas pun share dengan bilik lain. Kecil je. Macam stor je. Anak ramai-ramai. Ada 5 orang ke 7 orang anak. Masuk rumah mereka menitis air mata. Dari tangga naik dah menangis. Masuk bilik je terus air mata laju menangis. Susahnya hidup mereka. Memang kecil sangat.

Sebaik sampai pada mereka semua dah kenal. Eh, ustaz. rindu lama tak jumpa ustaz. Terima kasih ye jumpa kami. Minta mereka ambil di bawah dengan jarak-jarak. Ada yang ucap terima kasih sed1h sebab dah putus bekalan makanan.

Dapat edarkan makanan asas. Mereka ada yang kerja kutip besi. Kerja jika buat dapatlah upah. Musim sekarang memang tiada kerja semuanya. Hanya harapkan ehsan sesiapa. Usah kata duit simpanan. Ada pun tin atau besi jer. Sekarang mana ada tempat nak jual semua tu. Banyak mak-mak juga yang urus anak ramai-ramai seorang diri. Semoga Allah bantu semuanya.

Begitu juga ke rumah pakcik makcik yang oku dan tiada pendapatan lagi. Allahuakbar

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Bantulah mereka semua ya Allah. Gunakanlah hari-hari yang tinggal dalam hidupku untuk membantu saudaraku dan semua manusia dalam dunia.

Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Cimb 8603546376

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[Video] Setiap Hari Buat Kebaikan, Ustaz Ebit Hulur Bantuan Untuk Warga Chow Kit Tanpa Mengira Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*