Rindu Ibu Bakal Terubat, Lelaki Bersyukur Anggota Polis Seiras Wajah Arwah Adik Hubunginya

Kehilangan insan tersayang terutama ahli keluarga sememangnya sangat sukar untuk dihadapi namun terpaksa ‘ditelan’ demi menerima ketentuan takdir yang telah ditetapkan.

Kehidupan tetap perlu diteruskan namun terkadang ada bayangan memori yang kembali datang menjentik mengingatkan kembali kepada insan yang telah pergi itu.

Seperti yang dialami oleh keluarga Ismail Mael yang terpana apabila melihat gambar seorang anggota polis yang hampir seiras dengan 4rw4h adiknya yang meninggal dunia pada tahun 2013.

Menerusi kiriman di laman Facebook pada Isnin lalu, Ismail menyeru orang ramai yang mengenali anggota polis itu untuk menghubunginya agar dapat ditemukan dengan ibunya dan melepaskan rindu.

Berkat bantuan orang ramai, anggota polis itu telah menghubungi Ismail melalui aplikasi WhatsApp. Beliau nyata menyambut baik pelawaan Ismail untuk berjumpa apabila mempunyai peluang kelak.

Ismail memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada yang telah membantu menjejaki polis tersebut dan berharap agar dapat mempertemukan ibunya dengan anggota polis tersebut selepas selesai wabak Covid-19.

Sumber: Ismail Mael

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rindu Ibu Bakal Terubat, Lelaki Bersyukur Anggota Polis Seiras Wajah Arwah Adik Hubunginya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*