‘Uncle’ Kel@paran Men1nggal Dunia Sehari Selepas Dibantu Seorang Lelaki Dan Anggota Polis

Ramai individu yang hidup dalam kes3mpitan dan terp4ksa mengikat perut di luar sana. Ditambah dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya keadaan menjadi lebih sukar buat mereka.

Seperti perkongsian oleh seorang individu, Che Amierus Shafiq mengenai seorang warga emas yang ditemuinya dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, ketika dia dalam perjalanan ketempat kerja pada Isnin (13 April 2020).

Ketika dihubungi, Amierus yang juga pengusaha Bengkel Motosikal Tempoyang Kuala lipis, Pahang berkata, lelaki berbangsa Cina yang digelar sebagai ‘Uncle’ itu memberitahu bahawa dia lapar dan tidak dapat berjalan kerana baru terjatvh.

Tambah Amierus, melihat keadaan Uncle yang seakan tidak makan beberapa hari, dia bergegas ke kedai berhampiran bagi membeli roti dan air sebelum singgah ke pondok polis berdekatan.

Pasukan polis yang tiba membantu membawa Uncle tersebut pulang ke kediamannya di tepi jalan Kuala Kechau, Kuala Lipis dan membekalkan mangsa dengan makanan.

Difahamkan, mangsa yang bujang dan tingal bersendirian akan dirujuk kepada pihak yang berwajib namun hasrat itu tidak kesampaian apabila keesokkan harinya Uncle tersebut telah men1nggal dunia.

Kata Amierus, pada Selasa, dia ke rumah Uncle berkenaan seorang diri bagi membantu mengemaskan persekitaran rumahnya sebelum menyedari kejadian tersebut.

”Pukul 7 pagi saya pergi potong rumput sorang-sorang, saya ada ketuk pintu tapi uncle tu tak sahut panggilan saya..

”Saya ingat uncle tu tidur.. saya siapkan lah kerja saya dan balik umah, sedar-sedar uncle tu dah tak ada bila tok penghulu datang nk bagi bantuan sekitar 10 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Terima kasih kami ucapkan kepada usaha Che Amierus Shafiq dalam membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Moga kisah ini sedikit sebanyak membuka mata pelbagai pihak di luar sana akan realiti kesusahan hidup yang dilalui oleh orang lain dan sebagai bentuk renungan untuk kita agar selalu mensyukuri walau sekecil-kecilnya rezeki dari Tuhan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Uncle’ Kel@paran Men1nggal Dunia Sehari Selepas Dibantu Seorang Lelaki Dan Anggota Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*