Cekap Urus COVID-19, Datuk Dr Noor Hisham Dinobatkan Antara 3 Doktor Terbaik

Rakyat Malaysia dilihat terus bersyukur kerana kerajaan dilihat cekap mengatasi pelbagai masalah dan mengemukakan pelbagai inisiatif kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham antara barisan tulang belakang negara yang dinanti-nanti kemunculannya di tv melaporkan status serta laporan harian kes COVID-19.

Malah, ketenangan, kematangan serta personaliti Datuk Dr Noor Hisham dalam melaksanakan tanggungjawab beratnya cukup terserlah sangat menyenangkan hati ramai. Hari ini dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik yang cekap menghentikan penyebaran virrus COVID-19 di dunia oleh China Global TV Network.

Beliau bersama tiga lagi doktor perubatan negara luar, menerima banyak pujian selama bulan yang lalu kerana menjadi sumber maklumat dan fakta yang dipercayai kepada negara masing-masing

Malah, Dr Noor Hisham turut dipuji kerana komited dalam tugas dan sering mengwar-warkan maklumat terkini menerusi platform media sosialnya sendiri. Walaupun sudah lanjut malam, beliau dilihat masih memuat naik maklumat penting dan kesedaran kepada orang awam.

Disebabkan itu, keperibadian Dr Noor Hisham turut jadi pujian dan China Global TV Network menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung memiliki pemimpin sepertinya.

Selain beliau, Dr Anthony Fauci dari Amerika dan Ashley Bloomfield dari New Zealand juga dinobatkan antara tiga doktor yang terbaik dan komited dalam mengatasi wabak COVID-19 ini.

Tahniah Datuk. Rakyat Malaysia sesungguhnya berbangga!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Malay Mail.

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Cekap Urus COVID-19, Datuk Dr Noor Hisham Dinobatkan Antara 3 Doktor Terbaik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*