“Welcome To The Club Kak Icha…Ketepikan Sekejap Fesyen” – Tya Arifin Sedih

Pelakon Tya Arifin meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat melawat birasnya, aktres Izara Aishah di hospital selepas bersalin anak sulungnya semalam kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan.

Biarpun begitu, Tya turut menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru.

“sed1h tak boleh nak tengok Kak Icha (Izara) dan baby di hospital kerana keadaan tak mengizinkan.

“Apapun, welcome to the club Kak icha. Ini adalah kehidupan sebenar..hahaha.

“Agaknya Kak icha dah boleh follow IG @kitaibuhebat ni dah boleh geng. Ketepikan sekejap fesyen-fesyen, fesyen sekarang breastfeeding cover (pakaian untuk penyusuan badan),” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Tya turut memuat naik gambar kenangan ketika Izara sedang sarat mengandung biarpun ketika itu dia enggan gambarnya diambil.

“Ingat lagi saat Tya ambil gambar ini, Tya paksa Kak Icha posing.

“Ya, nasib baik Tya ambil juga, memang betul jadi kenangan mengandung baby pertama kerana Alhamdulillah 15/4 Kak Icha telah melahirkan bayi perempuannya,” katanya.

Terdahulu Izara selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Welcome To The Club Kak Icha…Ketepikan Sekejap Fesyen” – Tya Arifin Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*