“Terima Kasih Suami Selalu Puji Saya Cantik” – Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi ‘Nenek’ Sejak Hamil Tiga Bulan

Seorang ibu muda berdepan perubahan mengejutkan apabila wajah normalnya membengkak dan menyerupai orang tua apabila hamil anak ketiga.

Menerusi laman sosial Instagram, wanita yang dikenali sebagai Nor Sahira itu berkongsi tiga keping foto perubahan wajahnya untuk tatapan umum. 

“Muka saya berubah teruk masa mengandung tiga bulan, anak ketiga. Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembab, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut, saya berlipat kali ganda terkejut.

“Tak pernah pembawakan budak seteruk ini. Masa mengandung, hari-hari stress nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum tapi dalam hati hancur lebur,” tulis Sahira.

Namun, wajah ‘orang tua’ tersebut semakin menghilang selepas melahirkan bayi.

Tambah Sahira, bengkak semakin surut tanpa perlu menggunakan sebarang produk ataupun r4w4tan wajah. 

“Sikit demi sikit semuanya hilang lepas bersalin. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah. 

“Jangan tanya pakai produk apa.  Saya tak pakai apa-apa. Ya, ramai kata terlalu berbeza. Macam org tua, macam nenek. Saya tak boleh menidakkan sebab memang itu yang jadi dekat saya,” jelasnya lagi.

Dia turut bersyukur apabila mendapat sokongan daripada suami yang sentiasa memberikan pujian walaupun wajahnya berubah. 

“Alhamdulillah segalanya dah kembali normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia,” ujarnya. 

Kisah Sahira itu sehingga kini menerima lebih 19,000 perkongsian di laman Facebook. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Suami Selalu Puji Saya Cantik” – Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi ‘Nenek’ Sejak Hamil Tiga Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*