“Tiada Bayi Patut Minum Svsu Pekat Manis” Zarina Anjoulie Nekad Bantu G0longan Susah, RM60,000 Sudah Dibelanjakan.

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah meminta orang ramai supaya membantu golongan susah khususnya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.

Menurut Zarina, sepanjang aktiviti bantuan barangan harian dijalankan, antara yang menjadi permintaan ramai adalah susu bayi.

“Kalau ada duit lebih tu minta tolong sangat bantu mereka yang susah terutamanya bayi. Sebab selalu yang saya jumpa semunya bertanya ada bantuan susu tak? Dapat susu pun mereka dah bersyukur.

“Tolonglah kerana tiada bayi yang patut minum susu pekat manis. Anggap itu itu anak kita, tanggungjawab kita,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana perkembangan aktiviti sumbangan yang dijalankan ketika ini, Zarina menjelaskan wang yang dibelanjakan telah mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kalau sehingga hari ini saya tak beberapa pasti, tapi untuk minggu pertama saja kami sudah belanja hingga RM60,000.

“Jumlah ini meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan telah diagihkan kepada 1,000 penerima,” katanya.

Zarina berkata demikian ketika siaran langsung menerusi Instagram Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukRumah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#GempakNews : Kawasan rumah @anjoulielavocah1 dah jatuh dalam kawasan merah. Macam mana aktiviti bantuan yang Anju tengah jalankan sekarang? Kena stop ke macam mana. Jom dengar jawapan Anju. . Korang boleh tengok video penuh #ArtisDudukDiam bersama @anjoulielavocah1 di gempak.com/dudukrumah atau klik link di bio. . Stay safe, stay home, stay entertained. #gempak #astrogempak #ArtisDudukDiam #COVID19 #HapusCOVID19 #Kekaltenang #DudukRumah #StayHome #BePositiveStayNegative

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Program berkenaan dilakukan setiap hari bermula jam 3 petang.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tiada Bayi Patut Minum Svsu Pekat Manis” Zarina Anjoulie Nekad Bantu G0longan Susah, RM60,000 Sudah Dibelanjakan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*