(Video) Hadiah Hari Lahir Paling Istimewa Yang Diminta oleh Dr Noor Hisham mengejutkan ramai

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) — “Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh …..

Demikian ungkap  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil tersenyum.

Ketua Pengarah Kesihatan itu, yang menjadi tumpuan media dan rakyat Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda dunia, genap usianya 57 tahun pada Selasa, 21 April.

Saban hari, kemunculan anak kelahiran Sepang, Selangor itu di kaca televisyen pada 5 petang, sentiasa dinanti-nantikan bagi mendapatkan maklumat perkembangan mutakhir COVID-19 dan hal berkaitan.

Menjelang hari ulang tahun kelahirannya, Dr Noor Hisham membawa khabar positif wabak COVID-19 apabila menyatakan jumlah kes positif baharu dicatatkan Malaysia pada Isnin adalah yang terendah sejak 12 Mac lepas dengan 36 kes dan tiada kem4tian dilaporkan.

Ketika ditemui Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di dunia.

Disenarai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani situasi COVID-19, Dr Noor Hisham menyifatkan permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir paling bermakna buatnya.

Dua lagi doktor, yang disenarai rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN), ialah Dr Anthony Fauci daripada Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield daripada New Zealand.

CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan wabak COVID-19 di Malaysia.

Jelas CGTN, sebelum ini tidak ramai yang mengenali Dr Noor Hisham, dan dua lagi tokoh berkenaan, namun mereka kini menjadi sumber maklumat paling ‘dipercayai’ bagi pandemik itu di negara masing-masing.

Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Video Permintaan Hadiah (rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi)

Sumber: BERNAMA

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "(Video) Hadiah Hari Lahir Paling Istimewa Yang Diminta oleh Dr Noor Hisham mengejutkan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*