Lembaga Zakat Negeri Kedah Ceritakan Apa Yang Mereka Cuba Bantu Pak Ishak Sejak 12 Tahun Dahulu

ALOR SETAR: Usaha memujuk keluarga pesakit str0k, Ishak Darus, 77, yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di sini, untuk berpindah sudah dilakukan sejak 12 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman, berkata berdasarkan rekod keluarga daif itu turut menerima pelbagai bantuan LZNK sejak 2007.

Syeikh Zakari berkata, antara jenis bantuan diterima keluarga Ishak termasuklah kewangan bulanan, makanan fakir miskin, awal persekolahan, Aidilfitri dan Jaya Diri.

“Berdasarkan sias4tan kami, Pak Ishak dan isteri yang tidak bekerja mempunyai tiga anak lelaki dan tujuh anak perempuan yang berumur antara 17 hingga 33 tahun.

“Ada antara anak Pak Ishak ini sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya tinggal bersamanya di rumah berkenaan bersama 10 cucu menjadikan keseluruhan isi rumah seramai 20 orang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zakaria berkata, isu dan kisah Ishak ini amat dekat di hati warga LZNK yang menganggap dia sebagai seorang ayah yang disayangi.

Katanya, Ishak juga ditawarkan rumah KEDA di Pokok Sena dan Program Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini, namun tetap ditolak keluarganya atas pelbagai alasan.

“Rundingan dan tawaran juga sudah dibuat oleh tuan tanah tempat tapak rumah itu dibina sehingga akhirnya satu salinan penghakiman dari Mahkamah Majistret dikeluarkan pada 5 Februari 2020 yang mengarahkan Pak Ishak sekeluarga berpindah, tetap menemui gagal.

“Kerana itu saya amat menghargai usaha Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman berkenaan semalam.

“Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu pihak LZNK menyantuni lebih 15,773 orang asnaf yang ada di negeri Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucunya yang masih tidak mengerti apa-apa,” katanya.

Zakaria berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang maklumat yang membina demi menyampaikan amanah pembayar zakat untuk manfaat golongan yang memerlukan di Kedah.

Semalam, tular di media sosial apabila pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang menghidap angin ahmar bersama keluarganya tinggal di rumah usang kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka didakwa tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.

Sumber : BHARIAN ONLINE

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : penakita.pw

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lembaga Zakat Negeri Kedah Ceritakan Apa Yang Mereka Cuba Bantu Pak Ishak Sejak 12 Tahun Dahulu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*