“Sy jah1l, tk pndai. Sy bukan ustaz. Cuma cina belajar Islam”-Ustaz Ebit Lew

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berpandangan semua pihak tidak perlu berprasangka negat1if dengan meng3cam individu mahu pun persatuan yang cuba menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika negara menghadapi wab4k Covi1d-19.

Menurut Zahida ini termasuklah kerja amal yang dilakukan oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara.

“Malangnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

“Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negatif hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Jangan patahkan semangat Ebit Lew’.

Zahida tidak merujuk mana-mana pihak yang dikatakan kurang senang terhadap bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew kepada mereka yang memerlukan.

Berikut pula luahan hati Ustaz Ebit Lew selepas niat murni dia sialah erti oleh segelintir pihak

Biar orang buat kita

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat 4rw4h mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurk4an Allah.

Dalam perkembangan terbaru, Ustaz Ebit sempat singgah di pulau pinang dan membantu beberapa keluarga Ci1na di sana

“Sayu hati masuk perkampungan cina di Penang. Ada yang dah tua tiada kerja. Tadi ada yang menangis dapat hadiah dan sedikit belanja. Saya tiada apa-apa. Harap makan orang bagi. Mereka happy dapat hadiah. Ada yang susah sedikit. Macam-macam kerja mereka.

Senyuman mereka ubat hati ini. 2hari perjalanan ini rasa sed1h dan insaf. Semoga uncle untie semua sihat yer. Saya dapat serahkan lebih 10 kawasan perkampungan dan taman. Pelbagai bangsa dan agama. Kita semua sebuah keluarga. Beberapa hospital klinik dan Balai Polis. Syukur selesai buat hari ini-ebitlew”

Rata-rata netizan terus memberikan sokongan kepada Ustaz Ebit

Jangan patahkan semangat Ebit Lew, kata Puteri Umno

Baru-baru ini terdapat seorang pendakwah dikenali sebagai Abu Syafiq mempertikai tindakan Ebit memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial.

Selain itu, ada juga dalam kalangan segelintir netizen mendakwa Ebit tidak mematuhi penjarakan sosial ketika menyampaikan bantuan.

Sebaliknya, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Zahida, apa yang perlu dilakukan masyarakat adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan.

Katanya, setiap bantuan besar mahupun kecil sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka yang terkesan akibat daripada perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Dalam keadaan krisis hari ini, kita nampak ada banyak pihak tidak kira kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan termasuk orang perseorangan yang prihatin membantu insan kurang bernasib baik.

“Jangan jadikan ia sebagai isu politik hingga ada tindakan kecam-mengecam sesama kita,” tegasnya.

Kata Zahida, kesan daripada kerja amal yang dibuat Ebit Lew telah menggerakkan hati lebih ramai rakyat Malaysia berkemampuan untuk turut sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Saya percaya Ustaz Ebit Liew berniat baik dan bertujuan menunjukkan nilai-nilai murni ajaran Islam kepada semua yang melihat.

“Kami doakan ustaz terus diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan dirahm4ti Allah sentiasa,” katanya

Berikut pula status Dr Asri di halaman Facebook milik beliau

Siapa Ikhlas, Siapa Riyak?

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui mengapa seseorang mempertontonkan sedekahnya. Jika dia ikhlas, dia mendapat pahala. Jika dia riyak, dia mendapat dosa dan tiada pahala. Namun, sama ada dia ikhlas atau dia riyak, orang yang memerlukan akan mendapat sesuatu pemberian daripadanya. Apabila yang kesusahan mendapat keperluan, bebanan fardhu kifayah kita menjadi kurang. Maka, bukan masalah kita jika seseorang itu ikhlas atau riyak dalam pemberian peribadinya. Serahkan urusan itu kepada ALLAH. Ia bukan urusan kita. Ia urusan seseorang dengan tuhannya.

Jika kita ingin memberikan peringatan, berilah peringatan umum tentang bab ikhlas dalam amalan. Itu untuk ingatan semua tanpa perlu menilai manakah individu yang ikhlas atau yang riyak. Hal sanubari insan penuh keajaiban. Ia rahsia insan dengan Tuhan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sy jah1l, tk pndai. Sy bukan ustaz. Cuma cina belajar Islam”-Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*