Tandas Hanya Mengharapkan Air Longkang! Perkongsian Aliff Syukri Bantu Warga Emas Runtun Perasaan Netizen

Dalam burvk ada juga perangai baiknya! Nama usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri sering sahaja menjadi bualan ramai. Ini berikutan aksinya yang tidak pernah serik dengan buah mulut orang ramai.

ALIFF SYUKRI MILIKI SIFAT KEMANUSIAAN

Namun, apa yang boleh dipuji berkaitan figura ini adalah sikapnya yang sangat pemurah. Lihat sahaja kehidupan dia sebelum ini, tidak pernah lari dari membayar zakat dan juga bersedekah.

Cuma caranya sahaja yang suka menayangkan pada umum, mengundang sedikit rasa cvriga netizen berkenaan niat asalnya berbuat demikian.

Terbaru, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bobo Di Mana berkongsikan kisah menyayat hati mengenai nasib yang menimpa pasangan warga emas yang hidup bersama seorang anaknya yang kelainan upaya.

JUAL PUCUK UBI, KERJA PENGAWAL KESELAMATAN UNTUK TAMPUNG HIDUP

Difahamkan mereka berdua ini tinggal dalam sebuah pondok usang di tepi jalan. Tidak dikongsikan secara terperinci tempat tinggal mereka.

Cuma apa yang sempat dikongsikan Aliff Syukri adalah mereka cuba jana pendapatan melalui penjualan pucuk ubi dan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Salah satu usaha murni kerana tidak mengharapkan belas orang ramai.

Tambah Aliff lagi, kedaifan memaksa mereka tinggal dalam sebuah pondok tanpa bekalan elektrik. Lebih terkesan apabila tandas yang digunakan hanya bergantung pada sumber air longkang semata-mata.

“Semoga nenek ini sihat menjaga anaknya yang oku. Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak 0KU ini yang berumur 75 tahun.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuhan sahaja yang tahu betapa kesiannya saya dengan pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU ini yang berumur 75tahun. – – Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000… tiada runah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah..nenek ni berasal dari sabah . – Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah. – – Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq . Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. InshaALLAH misi saya untuk bukan Ramadhan ini saya ingin membantu lebih 2000 orang yang kurang berkemampuan. AMIN YA RAB….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

RAIH RM1000 SEBULAN

“Pasangan ini terpaksa membanting tulang hanya sekadar menjual pucuk-pucuk ubi dan terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dengan bergaji RM 1000. Tiada rumah duduk di tanah tepi jalan dgn pondok sebesar kemah.  Nenek ni berasal dari sabah.”

“Rumah beliau juga tidak ada bekalan elektrik yang betul dan juga bekalan air yang betul. Toilet pun hanya menggunakan air longkang sahaja dan kehidupan yang teramat susah.”

“Disebabkan hari ini saya memberikan sumbangan hasil bisnes sy yg anda sokong selama ini.. berupa wang tunai dan juga produk @as.legacymalaysia dan @dherbsholdingshq . Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.”

ALIFF SYUKRI INGIN BANTU LEBIH 2000 ORANG

Jelas Aliff Syukri lagi, dengan kehadiran bulan Ramadhan dia ingin membantu lebih daripada 2000 orang yang berada dalam kesusahan. Dan berharap orang ramai doakan misinya itu dipermudahkan.

Semoga usaha baik dari pihak usahawan selebriti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin buat mereka yang memerlukan. Dalam kita sibuk memberi bantuan kepada warga asing, masih ramai rakyat kita yang sedang menahan lapar.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Info Meecks

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tandas Hanya Mengharapkan Air Longkang! Perkongsian Aliff Syukri Bantu Warga Emas Runtun Perasaan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*