“Rezeki Ramadan, Depan Mama Saya Menangis” Kawan Hanya Taip 2 Perkataan, Pemuda Berjaya Jumpa Bapanya Selepas 22 Tahun Terplsah

TERIMA kasih kuasa viral!

Demikian kata Slash Zuindra Abdullah, 25, apabila penantiannya selama 22 tahun berakhir pada Khamis.

Menerusi laporan pada Rabu, dia yang mesra disapa Slash membuat hebahan di Twitter mengenai kisahnya yang terp1sah dengan bapa kandung sejak berusia tiga tahun.

Dalam perkembangan terbaharu, Slash memaklumkan telah menemui Facebook bapanya, Haizal Mohd Isa, 49, selepas kisah pencariannya itu tular di media sosial.

Dia kemudiannya berjaya mendapatkan nombor telefon dan berhubung dengan bapanya yang kini berada di Perak.

“Awalnya kawan saya jumpa Facebook ayah lepas saya cakap panggilan ayah ialah AXL. Kawan saya taip ‘Haizal AXL’ dan jumpa Facebook miliknya, dia maklumkan pada saya.

Posting pencarian bapa Slash yang tular di Twitter.

“Di profile Facebook ayah ada nombor telefon. Mula-mula (panggilan) saya dengar suara ayah cakap hello, saya dah seb4k. Jatuh air mata jantan.

“Depan mama saya menangis masa call ayah. Lepas tu ayah tanya, sihat tak, kerja ke sekarang?

“Ayah dah berkeluarga sekarang. Ada anak kecil dua orang,” ujar Slash sewaktu dihubungi.

 

“Memang niat dah. Kalau dah jumpa dia dalam social media ke, nak jumpa dia berdepan. Nak peluk dia. Rindu sangat.”

SLASH ZUINDRA

ANAK

 

Dalam perbualan telefon selama hampir sejam itu, bapa Slash ada memaklumkan punca dia pergi membawa diri, 22 tahun lalu.

Kata Slash, bapanya mahu membawa diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Bercerita mengenai perancangannya, Slash mengakui ada merancang untuk berjumpa dengan bapanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Memang niat dah. Kalau dah jumpa dia dalam social media ke, nak jumpa dia berdepan. Nak peluk dia. Rindu sangat.

Slash sewaktu berbual menerusi panggilan telefon dengan bapanya pada Khamis.

“Magicnya viral ni, tak disangka. Saya kagum dengan bantuan warganet, terutama warga Twitter yang ramai-ramai bantu retweet, share posting saya, yang tak kenal pun mesej minta detail ayah. Saya memang tak sangka.

“Terima kasih especially juga mama, nenek yang sama-sama bantu saya dalam usaha nak menjejak ayah,” ujar pemuda yang menetap di Bangi, Selangpor itu.

Mesej perbualan Slash dengan bapanya.

Menerusi laporan sebelum ini, Slash menggunakan platform Twitter untuk mencari bapanya sehingga posting itu menjadi tular.

ded4h Slash, bapa dan ibunya berpisah sewaktu dia berumur tiga tahun.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : mStar via RM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Rezeki Ramadan, Depan Mama Saya Menangis” Kawan Hanya Taip 2 Perkataan, Pemuda Berjaya Jumpa Bapanya Selepas 22 Tahun Terplsah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*