Selepas Dipanggil ke Cawg. Khas Bkt Aman. Ebit Lew mula ‘berubah’

Jika sebelum ini beberapa individu telah memuat naik satu posting berkenaan seorang ustaz selebriti yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit Lew kerana mendakwa sikapnya yang menunjuk-nunjuk ketika memberikan sumbangan kepada beberapa buah hospital dan pengamal perubatan. Bahkan ada Ustaz yang mengeluarkan kenyataan har4m berkongsi gambar-gambar dan video orang m1skin. Nampaknya dugaan yang ditempuhi oleh pendakwah seperti Ebit Lew seperti tidak kesudahan.

Terbaru dia dipanggil ke untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes derma yang viral beberapa hari lalu. Ebit Lew juga menyatakan atas nasihat, sampai disini sahjalah dia dapat berkhidmat untuk masyarakat dan membantu mereka yang dalam kesusahan

Berikut status terbaru di muat naik oleh Ebit Lew

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

Cuma sayalah terasa sed1h sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sed1h aku, susah aku hanya kepada Engkau.”

Perkogsian Ebit ini mendapat 170 ribu reaksi dan 16 ribu komen, 21 ribu perkongsian selepas 1 jam di muat naik. Rata-rata netizna terus menyokong dan memberi kata-kata semangat lepada beliau

Dengan perkembangan pantas teknologi sosial media  pada hari ini, kita semua dapat menyaksikan usaha murni Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata memuji pendekatan yang diambil namun ada juga yang menegur tindakan ustaz merakam gambar serta video.

Berikutan itu, beberapa individu tampil mempertahankan Ustaz Ebit Lew dan menyokong penuh tindakannya.

‘Apa susahnya anda dengan kebajikan Ustaz Ebit Lew?’

APA SUSAHNYA KITA DENGAN AKTIVITI KEBAJIKAN UST EBIT LEW.

Saya turut menyaksikan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Ust Ebit Lew di serata pelusuk tanahair. Saya juga menyaksikan serangan kepada beliau bertubi-tubi dari berbagai arah. Beliau bukan sahaja diserang oleh orang awam yang jahil malah diserang juga oleh ahli-ahli ilmu.

Kepada pihak yang menyerang suka saya bertanya kepada anda, “apa susahnya anda dengan aktiviti kebajikan Ust Ebit Lew itu?” Adakah anda sakit dan merasa pedih dengan program beliau? Saya tidak nampak resionalnya serangan anda kepada beliau. Anda pertikaikan keikhlasan beliau kerana setiap program beliau dirakam dan divideokan? Saya ingin bertanya sejak bila anda dilantik oleh Allah menjadi juru semak hati-hati manusia yang beramal samaada ikhlas atau tidak?. Buka kah disana Ulamak berkata

Aku diperintah berhukum dengan apa yang zahir dan urusan Allah lah Yang Mengurus apa yang tersembunyi.

Tiada c4cat cela jika dirakam

Jika aktiviti kebajikan Ust Ebit itu dari kewangan beliau sendiri, maka saya melihat tiada cacat dan celanya bila beliau rakam dan videokan. Kerana bukankah dengan rakaman itu akan mendorong orang lain untuk turut menderma dan berkebajikan. Ulamak menyatakan ada dua amalan yang boleh dipamirkan kepada khalayak, iaitu infaq dan jihad kerana akan mendorong orang lain mengikutinya. Sebuah hadis dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi dimana Nabi s.a.w bersabda;

Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.

Yang kedua, jika kebajikan yang beliau lakukan itu datang dari sumbangan dan kewangan pihak lain, maka sangat wajar beliau videokan kerana akan lebih menyakinkan para penyumbang dan mengelak daripada f1tn4h.

Lalu waspadalah dalam memberikan komen dan kritikan. Jangan biarkan perasaan hasad menguasai diri kita.

UMS

Kuantan Pahang.

21. April.2020

Buat anakanda Ebit Lew

Pesanan Tn Guru Maulana Juhari kpd Ustaz Ebit liew :

Buat anakanda Ebit Lew. Semoga Allah sentiasa merahm4timu dan diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah, teruskanlah perjuanganmu itu membantu ummat kesayangan Rasulullah SAW, alangkah gembiranya baginda bila ummatnya disantuni dan betapa redhonya Allah bila kekasihnya redho.

Sahabat-sahabat dari kalangan ulamak. Tuan-tuan dari kalangan umarak. Teman-teman dari kalangan hartawan. Kenalan-kenalan dari kalangan duaat. Syeikh-syeikh dari kalangan ahli doa dan ibadat. Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu bersama wira-wira kita di barisan hadapan, dengan kita semua juga jadi barisan hadapan, natijahnya kita akan kuat dan pertolongan Allah juga akan bersama kita.

Jika kita bukan frontliner, pemimpin, dermawan atau petugas, tapi kita masih hamba Allah yang disuruh untuk betaubat, bermunajat serta bermohon kepadanya, dan itulah bahagian kita sebagai frontliner. Buangkan lah keegoan, kebencian, irihati, dendam dan tak puas hati terhadap orang lain. Belajarlah untuk menyalahkan diri sendiri bukan hanya mencari kesalahan org lain, dan ambil lah kebaikan orang lain untuk diteladani.

Sifat & perasaan yang sangat mahal

Apa kata Ebit lew bila melihat orang tua lumpuh terbaring dirumah usang “Allah maafkan saya kenapa baru sekarang saya jumpa pakcik, apa saya nak jawab di hadapan Allah nanti..”

Sifat dan perasaan yang sangat mahal, kasih sayang terhadap ummat kerana itu ia ada di dalam hati setiap nabi-nabi. Orang-orang penyayang mereka dikasihi Allah. Bila mana Allah sayang Allah beri hidayat bila Allah sayang Allah beri taufik utk melakukan kebaikan, kelazatan dan kemanisan di dalam ibadat. Barang siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.

Dengan asas ubudiah ia itu tauhid serta keimanaan dan asas ijtimaiah ia itu kasih sayang maka ketika kebanyakan bangsa dan negara sedang runtuh sekarang Atas dua asas ini kita bina kekuatan kita, insyaAllah bantuannya akan bersama kita keberkatannya akan turun pada kita

Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa kami. Kau terimalah taubat kami. Kasihanilah kami ibu bapa kami anak isteri kami. Ya Allah janganlah kerana dosa-dosa kami kau timpakan musibah ke atas keluarga kami dan saudara-saudara kami. Ya Allah terimalah doa kami dan doa-doa saudara kami…

Berikut pula luahan sayu Ustaz Ebit selepas PKP Bersambung

“PKP bersambung..Terasa sejuk sayu Ramadhan kali ini. Nak menangis rasa. Selamat berpuasa dan beribadah keranaNya. Kerana Allah itulah kekuatan. Ya Allah tuhanku. Terasa benar kali ini. Benarlah dunia ini tidak sama lagi. Ya Allah bantulah kami semua. Sayangilah kami semua. Sembuhkanlah semuanya. Angkatlah covi1d 19 ini. Hanya padaMu kami semua memohon

Saudaraku disebalik ujian ada rahmat. Mari kita cari semua yang hidup merata tiada tempat tidur dan sedang kelaparan. Beribu nama setiap hari saya peroleh. Tanyalah khabar jiran dan keluarga walau melalui wasap. Jangan biar seorang pun susah tanpa kita bantu mereka”-tulis Ebit Lew di halaman facebook beliau

Akhir kata, eloklah la kita renung kembali kata-kata yang sering di ungkapkan oleh Ebit Lew ini

“Kita tidak hidup untuk pujian dan penghormatan orang. Kita hidup untuk Allah Sayang”-Ebit Lew

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Dipanggil ke Cawg. Khas Bkt Aman. Ebit Lew mula ‘berubah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*