Ustaz Ebit dedah sejarah silam, sekali netizen korek gambar lama .

FENOMENA kebaikan yang ditebarkan oleh pendakwah yang sangat berlemah lembut dalam menyampaikan ilmu Islam ini tampaknya kian menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, foto lama Ustaz Ebit Lew ‘dikorek’ untuk dikongsikan. Barangkali ia untuk membuktikan kenyataan yang tidak-tidak tentang beliau, gambar lama yang dikongsikan menunjukkan ustaz sudah ‘bergerak’ sejak zaman remajanya lagi untuk berdakwah.

Antaranya, foto beliau berserban dan berjubah putih berwajah polos dengan kapsyen ‘Dari remaja berdakwah… baiknya’ antara mendapat hampir 4k ‘Like’.

Sementara, foto Ustaz Ebit digambarkan dengan kapsyen ‘Ustaz Ebit sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam TIJB 2001. Lama dah ustaz berdakwah…’ mendapat lebih 6.1k ‘Like’.

Kedua-dua imej foto lama Ustaz Ebit itu dikongsikan di ruangan komen oleh netizen dalam status dimuatnaik dalam Facebook Ustaz Ebit Lew yang menulis berkenaan ‘sejarahnya’ sejak remaja hingga kini, semalam.

Terdahulu dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit menyatakan rasa syukur pada ALLAH kerana berkat doa mak ayah, isterinya yang digelar bidadari, doa ramai orang baik-baik, ALLAH memberikan rezeki mencurah-curah buatnya.

Sememangnya ada segelintir yang mempertikaikan apa yang dimiliki beliau akhir-akhirnya ini, yang mungkin melihatnya sekadar luaran sahaja.

Beliau tidak menafikan ramai bertanyakannya soalan yang bukan-bukan.

Mungkin itu menyebabkan ustaz terpaksa memuatnaik status sebegini kali ini.

Hasil berniaga

Ya, jarang atau mungkin tidak pernah dikongsikan oleh beliau sebelum ini, bagaimanapun, Ustaz Ebit menjelaskan apa yang diperolehnya itu adalah hasil bekerja dan berniaga yang sudah lebih 10 tahun.

Dalam status Facebook yang ditulis oleh Ustaz Ebit beserta foto beliau dan isteri dipercayai di hadapan kediamannya itu, menurutnya, dirinya dahulu bukan seperti hari ini.

FOTO Ustaz Ebit bersama isteri.

Kongsi beliau lagi dahulu pernah beliau tidur di masjid dan atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang.

“Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar? Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh.

“Dengan janggut kasut pun buruk. Stoking takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya RM800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya,” katanya.

Menariknya, kongsinya, beliau mula bekerja dengan pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim sebagai trainer atau motivator.

Beliau mengendalikan program korporat teambuilding selama empat tahun, sebelum memulakannya sendiri.

Bersyukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding bekerjasama dengannya, menurutnya terdapat syarikat kerajaan yang membuat program untuk seluruh kementerian. Antaranya, program keluargasunnah, prokids remaja hingga beliau jelajah seluruh Malaysia.

Ada 3 restoran dan 2 rancangan tv

“Saya ada tiga restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.

“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat,” tulisnya lagi.

Menurutnya, beliau turut bersyukur apabila dapat mengendalikan dua program televisyen yang sudahpun masuk dua tahun.

“Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak.

“Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Begitulah rezeki ALLAH beri. Tapi saya yakin ALLAH beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati,” katanya.

Akan begitu, beliau sedar akan semua itu hanyalah di dunia sementara. Baginya kesemuanya milik ALLAH. Katanya bila-bila masa ia boleh diberi dan diambil semula.

Bagi Sinar Plus, apa yang dikongsikan ustaz sangat menyentuh hati. Moga kita semua mendapat inspirasi untuk melakukan kebaikan seperti beliau berkat niat di bulan Ramadan penuh kemuliaan ini.

Aamiin Ya Rabbal Alamin…. -AG #PastiAdaSinar

Saya Tak Pernah Kacau Dan Sentuh Sesiapa, Tetapi Tetap Ada Orang Ugut Cakap Bukan-Bukan – Ebit Lew

” Saya terima banyak mesej yang memberi semangat, namun dalam masa sama banyak juga yang perIi, ugut dan cakap macam-macam.

” Saya rasa sed1h dan buat saya sedar bahawa dunia ini tak seindah yang kita bayangkan, ujian datang tapi saya percaya ujian ini hanya satu tujuan sebab Allah sangat sayang pada kita,” luah Ustaz Ebit Lew yang dibuat secara siaran langsung melalui laman sosial Facebooknya, hari ini.

Perkongsian beliau selama kira-kira 50 minit itu turut ditonton lebih 216,000 orang yang dilihat turut memberi komen semangat dan membina kepadanya.

Saya tak sempat untuk belanja mak saya

” Dari umur 12 tahun saya buat kerja ini, saya bercita-cita untuk membantu seramai mungkin.

” Ramai orang yang hantar mesej beritahu ada orang yang tidur di bawah jambatan dan banyak lagi, saya sed1h.

” Rasa macam perlu buat sesuatu dan tak akan kita tak buat apa-apa untuk mereka.

” Sebelum ini, saya sibuk berniaga, saya kena tunggu 20 tahun baru saya ada rumah sendiri, beli cermin mata untuk mak saya.

” Tetapi saya tak sempat untuk belanja mak saya makan sedap-sedap, jadi saya fikir apa salahnya kalau saya belanja orang lain makanan sedap,” katanya yang sed1h kerana niatnya membantu disalah erti oleh sesetengah pihak.

Tak pernah kacau orang

Ebit berkata, dia akan meneruskan perjuangan dan menggunakan teknologi untuk menyampaikan kasih sayang.

” Walaupun kita tak pernah kacau orang, sentuh atau hiina sesiapa, tetapi tetap orang kacau dan ugut cakap bukan-bukan, saya rasa sed1h, ada rasa putus asa.

” Namun, saya percaya ini ujian Allah sama seperti saya berdakwah dulu, saya dihalau dan dim4ki, tetapi apalah sangat yang kita lalui ini dengan apa yang dilalui oleh sahabat nabi.

” Erti hidup ini ialah bantu orang lain. Saya maafkan orang yang k3ji dan ugut saya baik orang biasa, orang besar, orang berkuasa, saya tak kisah sebab saya maafkan semua.

” Saya hidup sebab Allah dan selama ini bukan mereka yang beri saya makan, dulu pun saya dengan mak saya waktu susah bukan mereka yang tolong.

” Jadi saya tak boleh berhenti untuk bantu orang lain. Kita semua sebuah keluarga tidak kira bangsa dan agama.

” Saya percaya kalau bukan hari ini, suatu hari nanti dunia akan kembali seperti dulu, semua manusia saling sayang menyayangi,” katanya.

Beliau mengakhiri luahannya dengan membaca doa yang menyentuh hati dan dilihat turut mengalirkan air mata

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ustaz Ebit dedah sejarah silam, sekali netizen korek gambar lama ."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*