Mufti Perlis jelaskan hubungan sebenar dia dgn Abu Syafiq. Sekali Abu jawab balik

Nama seorang pendakwah bebas bergelar Ustaz Abu Syafiq kerap mencetuskan pelbagai kontrv3rsi semenjak akhir-akhir ini.Pelbagai isu melibatkan beliau dengan beberapa tokoh pendakwah dan termasuklah dengan bekas perdana menteri DS Najib Tun Razak. Hari ni, dalam masa 24 jam Abu Syafiq telah memuat naik dua posting mengenai Dr Asri. Ini susulan teguran Dr Asri sebelum ini mengenai soal keikhlasan. Beriktu posting terbaru Dr Asri  menjelaskan gambar mengenai hubungan beliau dengan Abu Syafiq

KENAPA DR MAZA BERGAMBAR DENGAN ABU SYAFIQ?

“Beberapa orang bertanya saya, mengapa ada gambar saya dengan Abu Syafiq? Apa hubungan saya dengan Abu Syafiq? Bukankah Abu Syafiq itu suka mencerca dan pelbagai lagi? Kenapa Dr MAZA boleh bergambar dengan beliau?!!”

Mungkin yang bertanya bersalah sangka seolah saya bersahabat dengan beliau itu. Saya sebenarnya malas nak menjawab pertanyaan tersebut apatahlagi di Bulan Ramadan ini. Namun untuk mengelakkan salah sangka, saya terpaksa menjelaskan di sini.

Abu Syafiq Banyak M3ncerca

Gambar itu diambil pada tahun 2016. Setelah bertahun-tahun lamanya Abu Syafiq menc3rca, memf1itnah dan memak1i saya. Bagi saya, c3rcaan, f1itnah dan maki1annya itu jika dicampakkan ke dalam sungai akan mat1i ikan-ikan di dalamnya. Saya sabar dalam tempoh yang agak lama serta memohon pertolongan ALLAH.

Sehinggalah akhirnya beliau bersetuju berdebat dengan al-Fadhil Ustaz Salman Ali di Perlis. Ternyata perdebatan itu tidak berpihak kepadanya. F1itnah yang dia lemparkan juga, gagal dijawab. Saya mencadangkan netizen yang berminat menonton sendiri rakaman debat tersebut.

Selepas debat tersebut beliau meminta untuk berjumpa dengan saya. Atas dasar dakwah dan sikap berlapang dada, saya menerima kedatangan beliau dan menjemput beliau makan. Harapan saya ketika itu, beliau tidak lagi mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pandangan. Saya santuni sebaiknya kerana dakwah dan menjaga hubungan sesama muslim. Namun, selepas itu, hal yang sama tetap berulang.

Isu beliau dengan Saudara Ebit Liew adalah rantaian sikap beliau kepada orang-orang yang beliau tidak bersetuju. Dukacitanya beliau menggunakan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah sedangkan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya tidak demikian.

Saya sedih dengan sikap beliau itu. Namun, saya percaya ALLAH akan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan menyesatkan siapa yang DIA kehendaki. Urusan ALLAH kita tidak tahu.

Kalau boleh saya enggan lagi mengungkapkan nama beliau, kerana itu hanya menimbulkan perkara yang tidak baik di jiwa. Namun saya bimbang ada yang salah faham atas gambar tersebut.

Sila lihat post sebenar gambar tersebut agar dapat fahami konteks gambar tersebut.”

 

Tidak berdiam diri berikut pula ulasan Abu Syafiq

ABU SYAFIQ JAWAB KRITIKAN MAZA

1- Terbaru tadi Mufti Perlis Dr Maza sekali lagi cuba memburukkan saya. Kelmarin dia memperkatakan tentang saya menvduh saya kafi1rkan seorang pendakwah. Ini fitnah wahai SS DrMaza. Namun tulisan beliau tadi mengenai diri saya juga jelas sekali lagi dia cuba membvrukkan diri saya dengan tanggapan palsv dan tidak benar.

2- Oklah, jika MAZA mahu korek dengan cara salah sehingga mahu menampakkan kononnya saya bvruk. Mari saya tunjukkan kekorekkan yang betul.. Jangan Lupa!

Mufti Perlis ini pernah hina Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato Seri Najib Abd Razak MAZA meletakkan gambar BABI1 apabila mengkritik keluarga DSN yang menggunakan pesawat kerajaan ketika itu.

Nah! MAZA tidak mencerca dan tidak menghina orangkah disini?! Sampai gambar bab1i kamu letak nak tegur kerajaan BN ketika itu diperintah oleh DSN.

Inikah akhlak seorang Mufti?? Jawablah! Why you senyap!

Kau mufti ke aku mufti?!

Sebelum ini kurang 24 jam, Abu Syafiq juga telah memuat naik posting mengenai Dr Asri dan DS Najib

FROM UAS TO DRMAZA.

1- Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada DRMAZA kerana membicarakan perihal diri saya apabila dikaitkan secara salah dengan seorang Pendakwah Tanah Air.
Cuma saya agak terkilan apabila banyak perkara yang DRMAZA kaitkan saya dengannya adalah tidak tepat. Mohon sangat diperbetulkan.

2- Saya tidak pernah mengatakan pendakwah tersebut sebagai riak dalam program dermanya atau mempertikaikan keikhlasan dia.
Apa hak saya untuk pertikaikan keikhlasan orang lain. Namun saya akui sentiasa ingatkan diri saya dan semua orang agar terus jaga keikhlasan itu kekal dalam sepanjang program membantu orang ramai. Tidak salah saya ingatkan diri saya dan semua yang laksanakan program amal untuk terus kekal dalam keikhlasan kerana ia amalan para sahabat Baginda Nabi sering ingatkan tentang keikhlasan. Itu pun saya tidak tuju kepada sesiapa akan tetapi kepada diri saya dan umum.

3- DrMAZA mendakwa saya menghvkum pendakwah tersebut sebagai KAFIR. Inna Lillah Wainna Ilahi Roji’un. Dakwaan ini langsung tidak benar wahai DrMaza. Wallahi. Demi Allah, saya masih lagi waras berpegang dengan susunan Imam At Tohawi bahawa Kita Tidak Mengkafi1rkan Ahli Qiblat.
Ya saya dengan DrMaza ada perbezaan dari beberapa segi dan beberapa perkara berkaitan pemikiran, namun kita sepakat untuk tidak memfitnah sesama kita. Apa yang kita dah belajar selama pertelingkahan selama ini sepatutnya DrMaza sudah lebih bijak menilai. Bukan menuduh saya mengkafirkan pendakwah tersebut dan orang-orang lain. Ini adalah tuduhan yang berat keatas saya. Saya mohon DrMaza perbetulkan tuduhan keatas saya itu.

Terakhir, saya minta juga agar DrMaza tidak lupa menasihatkan rakan-rakan DrMaza dari fahaman Wahhabi yang Ekstr1m yang jenis menghvkum se3sat seluruh kumpulan Tabligh bahkan ada daripada kumpulan Wahhabi yang terus terang menghvkum KAF1R keatas Jemaah Tabligh. Betul kan?!! Tolong jangan sembunyikan fakta ini plz.

Mufti Perlis sebelum ini tampil menjelaskan keikhlasan seseorang itu bergantung pada niat dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Apa yang pasti, apabila ada pemberian atau sumbangan, ada pihak yang mendapat manfaat dan seterusnya dapat mengurangkan b3ban mereka. Menurut Dr Asri lagi, dengan ada pihak yang tampil membantu, paling tidak beebanan fardhu kifayah dapat dikurangkan.

FROM ABU SYAFIQ TO NAJIB

1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.

2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN.

PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan?? Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.

3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembvnuhan Altantbya. Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak f1itnah.

Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantvya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan mengh3ntam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membvnuh atau arahkan bvnuh AlTantvya.
Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fi1tnah DSN pun.

4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: “Malu itu adalah dari Iman”. Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku!
Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.

5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB. Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan.
Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.

Dalam masa yang sama, Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris telah mendedahkan Abu Syafiq telah menghubungi beliau dan anc4m untuk sam4an. Kontrov3rsi di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Trendingsangat

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Mufti Perlis jelaskan hubungan sebenar dia dgn Abu Syafiq. Sekali Abu jawab balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*