“Dapat 1 Juta Komen, Aku Potong Rambut Macam Ni” – Silap Langkah Cabar Netizen

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak posting di media sosial maka terpaksalah tanggung akibatnya!

Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila memuat naik satu posting yang mencabar keupayaan netizen Malaysia.

Menerusi posting berkenaan, Muhamamd Rafiezulanwar Jaffri menegaskan dia akan menggunting rambut dengan gaya botak di tengah sekiranya menerima satu juta komen.

“Dapat satu juta komen, aku akan potong rambut macam ni. Takkan dapat punya lah 1 juta komen tu,” katanya sebagai kapsyen.

Walaubagaimanapun tidak sampai beberapa jam memuat naik posting tersebut, gambar berkenaan telah mencapai jumlah yang diminta.

Malah sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut telah dikongsi sebanyak 14,000 kali.

Menyedari komen berkenaan telah menjadi viral,  Muhamamd Rafiezulanwar sekali lagi mengeluarkan satu posting menyatakan dia akan menunaikan permintaan tersebut.

“Ye sabar yer, saya tak lari. Ada je ni belum habis kerja lagi, sabar,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan posting tersebut.

Rata-rata menggelar rambut yang bakal digayakan itu adalah rambut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda boleh lihat antara komen lucu netizen.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Dapat 1 Juta Komen, Aku Potong Rambut Macam Ni” – Silap Langkah Cabar Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*