“Ilmunya membuatkan aku…” – Rosyam Nor luah kes3dihan pemergian pengarah Kamal Ishak

PELAKON dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan kesed1han terhadap berita pemergian pengarah Kamal Ishak pada pagi Khamis.

Menurut Rosyam, Allahyarham sudah dianggap seperti gurunya yang banyak mencurahkan ilmu mengenai dunia lakonan.

“Selamat jalan guruku, selamat pergi sahabatku… semoga perjalanan kau dipermudahkan oleh pencipta. Dialah orang pertama yang membuka mataku, mengajar aku apa serta teknik lakonan yang sebenarnya.

“Ilmu yang dicurahkan membuat aku mula diperhatikan setelah 13 tahun gagal menempatkan diri setara dengan bintang-bintang yang lain,” katanya.

Rosyam berkongsi luahan hatinya itu menerusi Instagram.

Rosyam kongsi kesed1han di laman Instagram.

Sementara itu, Rosyam berkata meskipun nama Kamal kurang dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air, namun 4rw4h merupakan seorang pengarah yang disegani.

“Mungkin korang tak kenal, dia adalah diantara pengarah yang amat disegani dan dihorm4ti suatu ketika dahulu, pernah mengarahkan filem Cinta Kita lakonan Sofia Jane.

“Dia terus kekal dengan pegangan bahawa membuat filem atau drama adalah mencipta dunia kita sendiri dan mesti make believe cara kerja… mestilah ada kajian bersama kru, produksi dan pelakon,” ujarnya.

Rosyam anggap Kamal seperti gurunya dalam industri seni.

Kamal Ishak, 66, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.02 pagi di kediamannya di Kulim, Kedah.

Allahyarham meninggalkan balu Wan Noor Wan Chik, 62, dan sembilan cahaya mata. Tujuh daripadanya menerusi perkahwinan pertama, manakala dua lagi bersama Wan Noor.

Selain bergelar pengarah filem, drama dan dokumentari, Kamal juga menulis skrip dan puisi.

Kamal antara orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bersama Dr Mahadi J Murat, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Anwardi Jamil, Nurhalim Ismail, Othman Zainuddin dan M Yusof Mohamad.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Ilmunya membuatkan aku…” – Rosyam Nor luah kes3dihan pemergian pengarah Kamal Ishak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*