“Rakyat Malaysia T0lak Agam4wan Tandvs AkhIak…” Amin Idris Tekad ‘Law@n’ Abu Syafiq

“Saya nekad untuk tidak memohon maaf…” Itulah yang dikatakan oleh personaliti TV Amin Idris, apabila diminta mengulas mengenai tuntutan maaf dan saman RM 1 juta yang dibuat oleh pihak Ustaz Abu Syafiq terhadapnya.

Tuntutan saman itu dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq berikutan status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.

Menurut Amin, setelah mendapat nasihat daripada peguamnya, dia memutuskan untuk meneruskan kes ini ke muka pengadilan, malah tindakannya itu mendapat sokongan ramai.

“Saya bersyukur kerana bukan saya seorang yang melihat keb1adaban dia. Dalam masa sama, ini menambah motivasi untuk teruskan berjuang. Lebih jelas ini juga tanda rakyat Malaysia menolak agamawan yang tandus akhlak…”

Difahamkan kini, pihak Amin sudah bersedia mengarahkan peguam yang mewakilinya untuk membalas surat tuntutan daripada Abu Syafiq.

Terdahulu, pihak Ustaz Abu Syafiq, menuntut Amin membuat permohonan maaf di semua medium media dalam tempoh tujuh hari, berserta tuntutan RM 1 juta.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Rakyat Malaysia T0lak Agam4wan Tandvs AkhIak…” Amin Idris Tekad ‘Law@n’ Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*