“Rasa berdosa pulak beli barang online, sorry” – Pos Malaysia Perjelas Kenapa Parcel Lambat Sampai Ke Penerima

Musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, mesti servis penghantaran antara yang sering digunakan oleh orang ramai apalagi servis penghantaran yang jarak jauh.

Confirm lambakan parcel akan berlaku sebab ramai sangat yang guna servis ni. Disebabkan kena ‘berkurung’ di rumah, masyarakat lebih memilih untuk beli barang online tak kisah barang jenis apa sekalipun.

Namun, perlu diingat bukan semua barang akan sampai pada masa yang dijangkakan sebab terlalu banyak parcel yang perlu diurus pada setiap hari oleh syarikat pengiriman barang seperti Pos Malaysia.

Menurut perkongsian di Twitter, Pos Malaysia perjelas yang mereka menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Dapat dilihat menerusi satu video yang memaparkan banyak parcel yang masih belum dihantar kepada penerima disebabkan oleh terlalu banyak orang yang menggunakan servis ini.

Uish, banyak juga eh parcel yang diorang perlu handle

“Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima.”

Waktu operasi mereka juga tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP dan pihak syarikat berharap agar orang ramai dapat bersabar dan memahami apa yang berlaku.

Segelintir netizen juga memahami kenapa parcel diorang lambat sampai rumah

Kerja elok-elok ya semua

Terima kasih team Pos Malaysia

Namun ada juga yang mempertikai kenapa barang yang di pos dalam jarak yang dekat pun masih memerlukan masa berhari-hari untuk sampai ke penerima

Saya dah hilang sabar dah ni

Bro, mine since march 

Ada yang mencadangkan supaya pihak syarikat menambah lebih ramai lagi kakitangan.

 

Mungkin SOP syarikat memang macam tu kena hantar ke KLIA dan baru lah akan di hantar ke alamat yang sepatutnya. 

Apa-apa pun semoga semuannya bersabar dan faham dengan situasi yang sedang dialami oleh pihak syarikat. 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : LM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Rasa berdosa pulak beli barang online, sorry” – Pos Malaysia Perjelas Kenapa Parcel Lambat Sampai Ke Penerima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*