“Santuni Bandvan Akhlr,” Ebit Lew Seb@k Lihat Mereka Menangis Kenang Ibu Ayah

Kembali menyantuni golongan susah selepas mendapat sokongan ramai pihak, hari ini Ustaz Ebit Lew telah menyantuni penghuni-penghuni disebalik tirai besi pula.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ebit Lew telah bertemu dengan 40 orang bandvan akhir yang sedang menunggu dijatuhkan hukvman di Penjara Kajang.

Seperti biasa, beliau mengakui seb4k melihat tang1san keinsafan para banduan yang menyesali setiap apa yang telah dilakukan. Tambahan pula mereka tidak putus menyebut tentang ibu dan ayah.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit lew sempat memberikan sedikit perkongsian ilmu bersama-sama mereka dan ada juga daripada mereka menghafal al-Quran.

Menurutnya lagi, kebanyakkan daripada mereka sangat warak dan wajahnya begitu menenangkan.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga turut menghadiahkan beberapa buah mesin basuh bagi kegunaan mereka semua di dalam penjara.

Perkongsian yang dibuat oleh pendakwah tersebut telah berjaya menarik perhatian warganet untuk meninggalkan komen diruangan sumber.

Rata-rata berasa hiba dan insaf melihat para banduan akhir yang dilihat begitu mengejar akhirat sebelum dijatuhkan hukuman. Selain itu, mereka turut mendoakan segala urusan Ustaz Ebit Lew terus dipermudahkan dalam menyebarkan dakwah Islam.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Ebit Lew  via RM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Santuni Bandvan Akhlr,” Ebit Lew Seb@k Lihat Mereka Menangis Kenang Ibu Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*