Selepas Ditegur Tunku Idris, Ini yang Polis Johor lakukan pada Wak Doyok

GARA-GARA membeli dan menggunakan cincin yang mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan kepada polis.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di Johor Bahru kira-kira pukul 11 pagi Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok disi4sat mengikut Se3ksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

“Kes ini sebenarnya sudah lama, dia membeli cincin itu pada tahun 2012 secara dalam talian daripada sebuah syarikat di Indonesia.

Permohonan maaf Wak Doyok di Instagram.

“Satu lap0ran polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor. Kertas si4satan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pend4kwa Raya untuk tindakan susulan, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat P0lis Kontinjen Johor.

Pada Selasa malam, mStar melaporkan Wak Doyok membuat permohonan maaf menerusi Instagram kerana menempa cincin dengan lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Permohonan maaf itu dibuat selepas Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menegvr dan menuntut penjelasan secara terbuka kepada Wak Doyok di Instagram.

Pemeriksaan mStar dengan pengeluar cincin berkenaan iaitu Caroz Wooden yang beroperasi di Bali, Indonesia mendapati mereka menerima tempahan bagi cincin tersebut beberapa tahun lalu.

Syarikat itu aktif menerima tempatan daripada selebriti dan orang kenamaan dengan bayaran antara RM4,000 hingga RM9,000 mengikut jenis bahan yang digunakan.

Johor mula menguatkuasakan und4ng-und4ng terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan und4ng-und4ng ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit kesalahan boleh did3enda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penj4ra tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

” Saya dengan rendah diri merafak Semb4h Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecu4ian dan kelalaian saya.

Itu kata-kata personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok yg memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Ia susulan Wak Doyok dikatakan telah menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor membuat permohonan maaf di Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di Instagram.

” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

” Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan,” tulisnya.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah kerana kesilapannya sendiri.

” Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas prot0kol diraja.

” Saya amat menyesali keterl4njuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

” Saya memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja,” tulisnya dan turut disertakan dengan ‘tag’ nama kepada akaun Instagram Tunku Idris.

Isu itu timbul apabila gambar cincin yang siap diukir dengan lambang peribadi Sultan Johor itu dimuat naik di Instagram jenama barangan kemas dan jam tangan terkemuka menyatakan bahawa cincin itu akan dihantar kepada pelanggan mereka iaitu Wak Doyok.

Reaksi balas Tunku Idris

Tunku Idris menyambut baik permohonan maaf Wak Doyok dan mengirimkan komen berbentuk emoji tanda bagus di Instagram Wak Doyok.

Selain itu, Tunku Idris jugat memuat naik tulisan kata-kata hikmah di Instargram beliau;

” Maafkan orang lain seperti mana kamu mahu Allah memaafkan kamu,”.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Wak Doyok bagi mendapatkan reaksi mengenai perkara itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Terdahulu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

” Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Ditegur Tunku Idris, Ini yang Polis Johor lakukan pada Wak Doyok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*