Kelonggaran PKPB 4 Mei. Tapi Ini 6 persoalan bermain difikiran rakyat Malaysia

Masih terdapat beberapa persoalan susulan pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini, berkenaan kebenaran untuk kembali beroperasi bermula 4 Mei, susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Sementara prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi penjelasan lanjut berkenaan PKPB – seperti senarai perniagaan dan kegiatan yang masih tidak dibenarkan beroperasi – beberapa perkara tidak jelas, antaranya perubahan peraturan dalam PKP yang masih berkuatkuasa sekarang.

Berikut beberapa persoalan selepas meneliti sejumlah soalan lazim berkenaan PKPB yang dikeluarkan oleh MKN:

1 )Adakah had perjalanan tidak lebih 10km dari rumah untuk individu membeli makanan dan barang keperluan lain masih berkuat kuasa? Adakah ia hanya terhad untuk dua orang dalam satu kereta untuk melakukannya?

2)Adakah sekatan jalan raya oleh polis dan tentera akan dikurangkan atau kekal sepanjang pelonggaran sekatan dalam PKPB?

3)Adakah pihak berkuasa bersedia dengan pertambahan kereta di jalan raya selepas kebanyakan kegiatan ekonomi kembali bermula?

4)Adakah orang awam masih terhad untuk keluar rumah bagi perkara penting sahaja antara pukul lapan pagi hingga 10 malam?

5)Jika banyak sektor ekonomi kembali berjalan, bagaimana dengan Parlimen? Adakah sidang Parlimen akan berlangsung lebih daripada sehari? Jika tidak, mengapa Parlimen dikecualikan daripada kebenaran tersebut?

6)Adakah mahkamah di seluruh negara dibenarkan kembali beroperasi sepenuhnya bermula Isnin ini?

Terdahulu hari ini, Muhyiddin mengumumkan pembukaan semula kebanyakan perniagaan dan kegiatan bermula 4 Mei ini, dengan kerajaan ingin menjana semula ekonomi selepas lebih sebulan penguatkuasaan PKP untuk membendung penvlaran Cov1id-19.

Bagaimanapun kelonggaran dalam PKPB tidak terpakai kepada perniagaan, operasi atau apa-apa kegiatan yang membawa kepada perhimpunan ramai, kontak badan dan jika penjarakan sosial tidak dapat dikekalkan.

Dalam perutusan sempena Hari Pekerja tadi, Muhyiddin berkata kebenaran tersebut dibuat berdasarkan SOP dan peraturan yang ketat.

PKP: Polis wujudkan pasukan pemantau penjarakan sosial

ANGGOTA polis yang bertugas di sekatan jalan raya akan diserapkan ke pasukan pemantau bagi memantau pengamalan penjarakan sosial dalam masyarakat bermula Isnin ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka yang gagal mengamalkan penjarakan sosial dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akan ditahan.

“Dengan arahan terbaru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengubah strategi iaitu akan melakukan pemantauan dan tidak lagi memfokuskan kepada pergerakan di jalan raya.

“Polis akan fokus kepada penjarakan sosial kepada orang ramai yang tidak mematuhi di tempat-tempat awam,” katanya ketika ditemui selepas berbuka puasa bersama anggota sekatan jalan raya di Selayang, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hamid membuat lawatan secara mengejut di sekatan jalan raya di Jalan Rawang-Kuala Lumpur bagi meninjau penugasan semasa menjelang waktu berbuka puasa.

Abdul Hamid turut meluangkan masa hampir sejam berbuka puasa bersama pegawai dan anggota PDRM serta ATM di lokasi berkenaan diringi Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe dan Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Norsham Md Tap.

Abdul Hamid berkata, beberapa lokasi sekatan jalan raya turut diubah ke lokasi-lokasi lain yang selama ini menjadi laluan kegiatan penyelvdupan membawa masuk pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyelvdupan.

“Selaras dengan arahan terbaru kerajaan ini juga kita (PDRM) dan ATM akan meningkatkan kawalan ke laluan utama yang digunakan oleh tekong-tekong (pengendali penyeludupan manusia) untuk membawa masuk PATI.

“Laluan berkenaan akan diperkasakan dengan sekatan jalan raya baru serta dikawal ketat bagi memastikan tujuan utama kita semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk mengekang penyebaran dan penularan wabak Covid- 19,”katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kelonggaran PKPB 4 Mei. Tapi Ini 6 persoalan bermain difikiran rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*