[VIDEO] “Rumah Tempat Paling Selamat”. Penjelasan Padu Dr Noor Hisham Selepas naik angka 3 bila PKP Dilonggarkan

“APA yang penting sekarang ini tempat paling selamat ialah di rumah,” itu saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan semua rakyat Malaysia yang tiada keperluan penting untuk keluar rumah, sila duduk di rumah sebab itulah tempat yang paling selamat.

DR Noor Hisham. FOTO Bernama

Beliau berkata, sekarang ini adalah tempoh menyeimbangkan maqasid syariah antara kesihatan dengan ekonomi.

“Sekarang (menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kita buka untuk ekonomi. Kita harap ekonomi boleh berjalan.

“Tetapi mereka yang pergi kerja pastikan patuh kepada SOP KKM. Itu penting, sebab virus ini akan berada di komuniti kita untuk masa yang panjang.

“Selagi kita tak dapat vaksin, mungkin dalam tempoh setahun atau setahun setengah kita kena hidup dengan virus. Persoalannya bagaimana kita uruskan virus berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham meluahkan keyakinan bahawa negara boleh mengawal penularan virus Covid-19 dengan kerjasama kukuh dan padu rakyat Malaysia.

“Pematuhan dan tanggungjawab sosial sangat penting bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Matlamat KKM bukan hanya untuk meratakan lengkung tetapi juga memastikan peny4kit itu dapat dikawal untuk tempoh yang lebih lama. Kita harap boleh lagi mengawal dan KKM akan meningkatkan fasiliti,” katanya.

Apa yang membezakan Malaysia dengan negara tertentu lain, beliau berkata, mereka turut membuka sempadan apabila melonggarkan sekatan.

Menurutnya, kawalan sempadan tetap diperketatkan selain KKM masih memantau Covid-19 dalam masyarakat dengan setiap hari melihat kepada lokaliti dan juga kumpulan sasar.

PENGAWALAN ketat di sempadan merupakan satu kunci yang perlu, bagi memastikan tidak berlakunya kes import COVID-19, lapor Bernama.

Faktor ini juga telah diberikan penekanan berulang kali oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dihampir kesemua sidang media harian COVID-19nya, sejak Malaysia diletakkan di bawah PKP pada 18 Mac 2020.

Bukan itu sahaja, malah nenurutnya juga perkara ini amat penting, selaras dengan keadaan semasa yang menyaksikan lebih 180 negara mencatatkan ada kes positif COVID-19.

Dengan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang telahpun mengotakan janji mereka, dan telah meningkatkan pengawalan di semua pusat pemeriksaan sempadan.

Sumber Hmetro

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Rumah Tempat Paling Selamat”. Penjelasan Padu Dr Noor Hisham Selepas naik angka 3 bila PKP Dilonggarkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*