Semalam Yusuf Azmi Suruh Maafkan Muzaffar Jakel, Tapi Harini Dia Sendiri Yg Sound

SELEPAS abang, kini giliran si adik, Muzaffar Jakel memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terguri1s dengan kenyataannya di Instagram Stories baru-baru ini.

Permohanan itu dibuat selepas dia dikecam netizen gara-gara memperlek3h orang Melayu apabila ramai mempertikaikan pembukaan gedung tekstil itu pada Isnin.

“Salam semua maafkan saya, saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam posting IGS (IG Story).

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang saya tidak sepatutnya gunakan, ” katanya dalam posting IG story terbaharunya.

Posting permohonan maaf Muzaffar tersebar di media sosial.

Pada masa sama, Muzaffar berkata kenyataannya itu merupakan pandangan peribadinya dan bukan dibuat mewakili syarikat Jakel.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili kenyataan syarikat Jakel, ” katanya.

Dah kena boik0t baru nak sedar. Pepatah Melayu… terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata padan muka. Maaf boleh, lupa tiada.

Susulan itu, Muzaffar sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katanya pada bulan yang mulia ini.

“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan-pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin, ” katanya.

Kenyataan itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang masih kurang senang dengan kata-katanya sebelum ini.

Mahu Pengakuan Maaf secara FB Live

“Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera.. Bukan membuat permohonan di IG sendiri.. Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus.. Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel.. Harap Maklum..”

Sebelum ini, Yusuf Azmi juga mengesa netizan untuk memaafkan pihak Jakel

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”-Yusuf Azmi,Aktivis

‘Ex-Staff’ ded4h Perangai Sebenar Muzaffar Jakel

Gedung pakaian dan tekstil terkemuka Jakel berdepan boik0t besar-besaran oleh orang Melayu yang berang dengan kecelvparan Muzaffar Jakel yang didakwa menghi1na mereka.

Adik kepada Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel itu berbuat demikian melalui Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Kata-kata Muzaffar itu menyebabkan orang Melayu marah, sekali gus melancarkan kempen boik0t terhadap Jakel.

Rata-rata mereka kesal dengan kata-kata berunsur penghi1naan yang dilemparkan oleh Muzaffar.

Malah, beberapa individu mendakwa mereka adalah bekas pekerja Jakel mended4hkan tentang sikap bvruk Muzaffar yang dikatakan pernah mengh1na pekerja-pekerja Melayu.

Abang kepada Muzaffar turut meminta maaf kepada orang ramai menerusi satu video Ahad malam.

“Dah kena boikot baru nak sedar. Pepatah Melayu… terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata padan muka. Maaf boleh, lupa tiada, ” kata Mael.

“Maaf kami dalam boikot. Meskipun kami memaafkan boik0t tetap berjalan. Boik0t, ” kata Zidane.

Pada Ahad malam, abang kepada Muzaffar, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Jakel membuat permohonan maaf menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi syarikat itu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya, ” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : mv

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Semalam Yusuf Azmi Suruh Maafkan Muzaffar Jakel, Tapi Harini Dia Sendiri Yg Sound"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*