Abu Syafiq bagitahu isu JAKEL sama dgn apa yg berlaku pada dirinya.

Agak lama menyepi, Ustaz Abu Syafiq akhirnya muncul semula dengan kenyataannya yang sensasi. Kali ini Abu Syafiq berbicara di dalam sebuah videoa yang dimuat naik di Instagram peribadinya @ustazabusyafiq.

Saya Orang Pertama ‘Support’ JAKEL- Ustaz Abu Syafiq

Abu Syafiq muncul lagi menasihati netizen di Malaysia supaya berhenti menfi1tnah dan melaga-lagakan orang. Tambahnya lagi, dia menyifatkan isu JAKEL hampir sama dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Terbaru apa yang berkaitan dengan JAKEL, apa yang berlaku pada JAKEL hari ini hampir sama apa yang berlaku ke atas saya, iaitu melaga-lagakan antara umat Islam di bulan Ramadan. Sifat dengk1i dan sebagainya.”- tegasnya

Beli kain Jakel untuk pelajar tahfiz, anak yatim

“Saya mengisytiharkan, saya akan menjadi orang pertama yang akan support (sokong) JAKEL. Insyallah, saya nak beli kain di JAKEL untuk jahit baju buat pelajar-pelajar tahfiz, anak yatim, orang miskin dan orang yang memerlukan. Kita patut sokong JAKEL, bangsa Melayu, umat Islam khususnya dah ahli sunnah berjemaah.

“Kita akan nampak siapa di belakang pengkhi1anatan ini”

Dalam video tersebut, Abu Syafiq juga menyeru supaya menyokong Melayu dan Jakel serta Muslim.

Terdahulu, di media sosial kecoh apabila ramai yang mahu memboikot gedung tekstil kegemaran orang Malaysia ini gara-gara kenyataan Muzaffar Jakel memperkecilkan bangsa Melayu. Walaubagaimanapun, adik kepada pemilik Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel itu telahpun memohon maaf.

Tolong Maafkan Saya. Melayu Yg Majukan Jakel, Kita Bertapak di Sini Disebabkan Org Melayu – Muzaffar

Adik kepada Datuk Faroz iaitu Muzaffar hari ini tampil dalam video bagi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Ia susulan statement beliau yang menyentuh pasal ‘Melayu’ yang dikecam ramai. Masih ramai tidak berpuas hati meskipun Muzaffar sudah meminta maah, malah Datuk Faroz sebagai bos besar Jakel turut tampil membuat permohonan maaf.

Atas desakan ramai, Muzaffar tampil dalam video bagi menjelaskan isu sebenar; Saya ingin menceritakan kepada yang belum tahu cerita sebenar. Kat sini saya akan ceritakan dengan penuh kejujuran daripada awal hingga akhir.

Bermula pada 1 Mei, pukul 2 petang saya post satu ‘story’ di Instagram di mana saya tulis “Alhamdulillah, jumpa hari Isnin ini, 10AM – 10PM”

Kerana apa saya post ni, sebab saya dah dapat pengumuman dari kerajaan bahawa kedai-kedai semua boleh dibuka.

Jadi saya berasa gembira kerana saya tahu masalah abang saya ( Datuk Faroz) nak bayar gaji-gaji pekerja seramai 6500 orang dan 99% darinya adalah Melayu.

Jadi bila saya up story tersebut, ada seorang individu telah memuatnaik story saya itu di Twitter.

Individu tersebut berkongsi keratan story saya dan menulis kapsyen “Nantikan kluster Jakel, I just cannot brain this”

Maksudnya, individu ini yang cuba mempengaruhi orang lain bahawa Jakel akan mewujudkan satu kluster COVID-19.

Tapi saya hanya berdiam diri dan tidak memberi apa-apa komen. Kemudian dalam beberapa jam saya buka DM di Instagram, beberapa individu dari Twitter datang komen dengan bahasa kesat dan kasar.

Individu tersebut mempersoalkan kenapa perlu membuka kedai ketika sedang PKP dengan menggunakan bahasa yang kasar. Saya tidak mahu sebut ayat yang mereka gunakan.

Bermacam-macam kecaman yang saya terima, jadi saya kemudian memuatnaik satu lagi ‘story’ sebab saya tak mampu nak balas DM.

Memang saya tulis ayat itu “Kesian aku dengan orang Melayu”. Tapi ada lagi di bawah “SOP itu pun bahasa Melayu pun tak pandai baca”.

Saya mengaku memang saya naikkan story dan ayat sebegitu, dalam keadaan saya tidak berapa baik selepas membaca komen kesat. Siapa tak marah kalau orang dah maki hamun.

Kemudian benda ini ditularkan semula di Twitter. Ramai yang persoalkan berkenaan ‘story’ saya tersebut.

Saya juga menjelaskan apa yang saya cuba maksudkan di Twitter, saya membuat permohonan maaf dan kes pun dah ditutup (di Twitter).

Esok tengahari dalam pukul 1 tengahari, ada seorang individu bernama Norliza, dia ambil keratan ‘story’ saya dan post kat Facebook dia. Saya tak ini akaun dia ataupun tidak.

Norliza telah memuatnaik ayat berbunyi “Betulpun apa dia (Muzaffar) cakap tu, Melayu ni memang bod#h”. Jadi Norliza ini yang membuat ayat sebegini dengan menggunakan gambar ‘story’ saya bagi menunjukkan seolah-olah saya mahu memperlekehkan orang Melayu.

Sedangkan saya sendiri Melayu, saya tidak berniat pun..Saya sendiri tak terfikir, hari-hari jumpa pelanggan dan saya sendiri melayan, takkan saya tergamak nak cakap Melayu begitu.

Tak terlintas dalam kepala otak saya, ahli keluarga saya juga bukan macam tu. Jadi bila f1tn4h ini sudah merebak sebesar-besarnya, saya tidak sempat berbuat apa-apa.

Dan saya beritahu kesalahan ini bukan datang daripada syarikat, ia datang dari diri saya sendiri. Bukan dari ahli keluarga saya.

Jadi tolong jangan kecam ahli keluarga saya, ayah saya atau abang saya..

Kalau betul masih taknak maafkan saya, boleh marah pada saya, serang saya di akaun IG dan FB saya.

Saya takkan hina bangsa Melayu..Melayu yang banyak majukan Jakel. Kita bertapak di sini disebabkan Melayu..jadi tolong faham.

Abang saya (Datuk Faroz) sangat baik, sangat humble dengan orang. Adik-beradik saya lain semua baik, saya jer teruk. Tapi maafkan saya atas kesilapan ini.

Saya harap anda semua sokong kita balik dan harap sebarkan cerita yang sebenar.

Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri..

Mahu Pengakuan Maaf secara FB Live

“Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera.. Bukan membuat permohonan di IG sendiri.. Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus.. Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel.. Harap Maklum..”

Sebelum ini, Yusuf Azmi juga mengesa netizan untuk memaafkan pihak Jakel

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”-Yusuf Azmi,Aktivis

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Abu Syafiq bagitahu isu JAKEL sama dgn apa yg berlaku pada dirinya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*