Isu usul tak percaya, ini permintaan Mat Sabu

Persidangan Dewan Rakyat yang dujadual berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini sekadar memenuhi kehendak perlembagaan sahaja bagi memastikan parlimen tidak akan terbubar, kata Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah itu berkata dengan adanya prosedur operasi standard (SOP) pada sidang kali ini termasuk menjarakkan kedudukan tempat semua ahli parlimen persidangan penuh sepatutnya tidak menjadi masalah untuk diadakan lebih lama.

“Saya telah diberi taklimat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengenai kedudukan tempat ahli parlimen yang dijarakkan sehingga ke galeri awam selain beberapa SOP yang perlu dipatuhi.

“Kalau sudah boleh dijarakkan dan boleh duduk dalam keadaan sebegitu rupa kenapa tak boleh buat sidang penuh atau sidang yang lebih panjang khasnya untuk membincangkan isu Cov1id-19, tetapi hanya dihadkan dalam sehari dan dilihat dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya dalam temu bual Facebook Live Sembang-Sembang Bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong malam tadi.

‘Sidang sehari sekadar elak parlimen dibvbar’-Mat Sabu

Menurut Mohamad yang juga anggota Parlimen Kota Raja, kerajaan juga ada alasan untuk tidak melanjutkan tempoh persidangan kali ini sekiranya Dewan Rakyat dijalankan mengikut semua SOP yang ditetapkan.

“Kita lihat negara lain, ia tidak menjadi masalah kepada mereka untuk adakan. Sekiranya mengikut cara yang betul bahkan pilihan raya pun boleh dilakukan seperti yang berlaku di Korea sekarang.

“Alasan yang diberikan tidak berapa kuat nak diterima untuk adakan sidang selama sehari sedangkan banyak usul bacaan kali pertama akan dilakukan termasuk usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri,” katanya.

Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (Warisan) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini menggesa kerajaan agar mengadakan sidang penuh Parlimen sekurang-kurangnya dua minggu.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof pada 4 Mac lalu berkata, persidangan Dewan Rakyat akan bermula 18 Mei ini dan bersidang selama sehari ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Sementara itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Abdul Rashid Hasnon sebelum ini dipetik Berita Harian berkata penetapan persidangan sehari itu adalah bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan berhubung perjalanan Parlimen.

Katanya, berdasarkan peraturan, setiap enam bulan Parlimen perlu bersidang dan jika mengambil kira tarikh akhir persidangan pada 5 Disember tahun, maka sebelum Jun ia perlu diadakan.

Pemerhati parlimen Ong Ooi Heng percaya kini giliran Muhyiddin Yassin untuk memutuskan langkah seterusnya susulan pengumuman oleh Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri itu yang difailkan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Ong berkata bahawa usul tidak percaya pasti akan disenaraikan dalam Kertas Aturan Urusan Mesyuarat pada sidang parlimen satu hari yang akan diadakan pada 18 Mei.

Frontliners Kecew4 & Kecil Hati ‘Kerajaan Macam Tak Ikhlas Beri Elaun’

“Memang benar banyak sangat prosedur, macam tak ikhlas. Selain itu ia juga dilihat tidak adil kepada mereka yang bertugas pada awal pelaksanaan PKP iaitu 18 Mac kerana tuntutan penugasan boleh dibuat bermula dari 1 hingga 30 April.

“Ia juga mengambil kira jumlah penugasan 15 hari ke atas sahaja yang layak menerima RM200 manakala mereka yang bertugas kurang daripada 15 hari cuma layak menerima RM100. Penugasan dikira lapan jam sehari,”

Ramai anggota polis kecil hati, ambik keputusan tak apply elaun RM200

Manakala salah seorang anggota polis dari Selangor yang ingin dikenali sebagai Musa berkata, ramai anggota polis berasa kecil hati dengan perkara tersebut sehingga ada yang enggan membuat tuntutan.

“Perkara ini sudah kecoh dalam kalangan anggota polis kerana tidak berbaloi untuk isi tiga set tuntutan setebal 60 muka surat hanya untuk mendapatkan elaun sebanyak RM200,”

Untuk rekod seramai 42,000 anggota polis dibantu 6,000 angkatan tentera ditugaskan di seluruh negara sepanjang PKP berlangsung supaya keadaan terkawal dan lancar.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isu usul tak percaya, ini permintaan Mat Sabu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*