Doktor Ini Memberi Amaran Tentang Gelombang Kedua C0VlD19 Yang Akan Melanda Pada…

Pakar kesihatan Taiwan Dr Chan Chang-Chuan memberi amaran gelombang baharu COV19 akan melanda pada musim sejuk ini, dan ia akan menjadi lebih teruk sekiranya dunia tidak mengambil langkah pencegahan yang lebih berkesan.

Dekan Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Nasional Taiwan itu berkata, jangkaan gelombang kedua itu adalah berdasarkan corak pandemik yang berlaku pada masa-masa lepas, termasuk wabak Sindrom Akut Penafasan Teruk (SARS) pada 2003.

Jelas beliau lagi, walaupun ada sesetengah pihak yang merasakan sekatan perlu dilonggarkan demi pengembangan ekonomi, namun amat penting untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

“Pada masa lepas, kalau kita lihat kembali sejarah pandemik, gelombang pertama virus seperti ini akan mula berkurangan pada bulan ini (Mei), sehingga Ogos kelak. Apabila sekolah buka kembali nanti, orang mula berhimpun, dan v1rus yang akan terus ada dalam komuniti kita ini, akan mula mengakibatkan lengkungan itu meningkat kembali,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Jangkaan gelombang kedua itu adalah berdasarkan corak pandemik yang berlaku pada masa lepas termasuk SARS pada 2003.

Dr Chan Chang-Chuan

Prestasi Malaysia, ulas Dr Chan lagi, berada pada tahap yang baik, terutamanya keberkesanan kerajaan membuat ujian saringan secara berterusan dalam usaha memastikan kawalan ke atas penyebaran wabak COV19.

Taiwan menjadi tumpuan dunia apabila kaedah pengawalan virus mereka menyaksikan wilayah itu mencatat hanya 440 kes positif, dengan 355 sudah pulih sepenuhnya, selain hanya enam kem4tian direkodkan.

Ramai pihak merasakan usaha mereka mengawal virus itu berada pada tahap yang mengagumkan selepas mengambil kira faktor China merupakan antara negara yang mencatatkan kes positif tertinggi di dunia.

Untuk rekod, Malaysia juga disenarai antara negara yang efisien dalam mengawal penularan COV19, dengan jumlah kes pulih semula pada tahap 75 peratus.

Dalam pada itu, Dr Chan berkata, masyarakat seluruh dunia perlu mengambil serius langkah penjarakan sosial, serta memastikan mereka tidak menyertai sebarang perhimpunan yang berisiko tinggi.

Selain itu, beliau berkata, ujian saringan perlu dilakukan secara berterusan dalam usaha memastikan lengkungan itu dapat dikawal dan seterusnya diratakan.

“Taiwan telah mengambil pengajaran dari wabak SARS dahulu, iaitu dengan memastikan bilangan unit r4w4tan rapi (I C U) dipertingkatkan dan dilengkapi dengan peralatan moden yang secukupnya sebagai persediaan menghadapi sebarang pandemik.

“Selain itu, kami turut memastikan pengesanan pintar (smart tracing) dilaksanakan baik di kalangan rakyat kami, mahu pun warga asing yang berada di sini, sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya lagi.

Sumber: ASTRO AWANI

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : transformasi.pw

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Doktor Ini Memberi Amaran Tentang Gelombang Kedua C0VlD19 Yang Akan Melanda Pada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*